"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Friday, July 25, 2014


Assalamualaikum buat semua...Program Sinar Ramadzan dan Menjelang Aidil fitri bagi tahun 1435H / 2014M telah disempurnakan dengan baik dengan sokongan rakan-rakan seperjuangan dan sahabat-sahabat yang budiman...semoga kerja-kerja kebajikan dan kebaikan yang dilakukan diberkati dan dirahmati ilahi...Jazzakallah Khairan Khatira...

SEMPENA SYAWAL YANG MULIA INI SAYA DAN KELUARGA MENGUCAPKAN "SELAMAT HARI RAYA... AIDIL FITRI" 1435H/2014M
MAAF ZAHIR DAN BATIN 
Ditujukan khas kepada semua kaum keluarga yang tersayang,
sahabat handai, rakan-rakan bloggers seperjuangan yang dihormati dan diingati serta semua yang mengenali diri saya tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat yang budiman yang membantu saya bagi mengadakan program-program kebajikan dan di mana jua mereka berada.
Mohon kemaafan di atas ketelanjuran kata mahupun perbuatan.
Kepada yang memandu....sentiasa berhati-hati di jalanraya, 
semoga anda semua selamat sampai dan kembali
ke destinasi masing-masing dengan selamat. 
Semoga lebaran kali ini lebih bermakna dan diredhai Allah SWT.
Saya menyusun sepuluh jari, memohon maaf atas segala ketidak sempurnaan pada tutur kata yang tidak enak didengar telinga, laku perbuatan yang tidak manis di penglihatan, serta segala cacat cela diri yang nyata mahu pun tersembunyi… agar benar-benarlah Aidilfitri ini disambut sebagai orang yang pulang kepada asalnya yang fitrah (al-’aaideen) dan berjaya (al-faaizeen).
 
Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita
Maaf Zahir & Batin
Ikhlas daripada :
De'Redang
Jamaluddin Bin Hassim & Keluarga

AMANAH YANG DIBERI TELAH SELAMAT DISEMPURNAKAN

 Sumbangan duit raya kepada 20 orang anak-anak yatim Sekolah Menengah Redang Panjang (Mewakili guru sekolah)

        De' Redang - 25 Jul 2014, Alhamdullilah, Alhamdullilah, Alhamdullilah..program yang dirancang telah dapat disempurnakan sepenuhnya.  Untuk program sepanjang ramadzan & menjelang syawal 2014 ini , Alhamdullilah Bersyukur Kita Kehadrat Ilahi Atas Sokongan tuan- puan & kakak - kakak yang budiman serta rakan seperjuangan Kakak Elly dari Eksekutifsuri Kerana Mempermudahkan Saya Mengadakan Program  Sinar Harapan, Bagi Membantu Insan-Insan Yang Memerlukan...

       Saya Tidak Keseorangan Bagi Membantu Insan Yang Memerlukan Kerana Atas Sokongan Kakak Dan Para Sahabat Yang Budiman Program Yang Dirancangkan Dapat Dilakukan Dengan Jayanya. Saya Bagi Pihak Penerima- Penerima Sumbagan Mengucapkan Jutaan Terimakasih Atas Sumbangan Yang Diberikan....

          Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’aala Menerima Baik Segala Amal Ibadah Dan Kebajikan Yang Dilakukan Di Sepanjang Bulan  Ramadhan yang Baraqah Kali Ini Dengan Sebaik-Baik Penerimaan Serta Ganjaran.

Bismillahirrahmanirrahim...Ya Allah..panjangkanlah umur sahabat-Sahabatku, kurniakanlah kesihatan yang baik
pada mereka, terangi hati mereka dengan nur pancaran iman..

Semoga Apa Yang Kita Lakukan Ini Diberkati Oleh Allah Yang Maha Esa, Saya Mendoakan Semoga Kakak dan para sahabat yang budiman Sihat Walafiat Di Panjangkan Usia, Dimurahkan Rezeki Aman Damai Bersama Keluarga Tersayang...Semoga Kerja Kebajikan dan Kebaikan Yang Lakukan Diberkati Dan Dirahmati Ilahi, “Semoga Perkongsian Rezeki ini Membawa Sinar dalam hidup mereka, dan Memberikan Sinar kepada kita sepanjang jalan ke SYURGA..amin..” ... Jazzakallah Khairan Kathira





Friday, July 18, 2014

PROGRAM MENJELANG SYAWAL

Alhamdullilah dengan sokongan sahabat2& Kakak yang budiman program dibulan Ramadzan ini dapat dilakukan mengikut perancangan ...Alhamdullilah....Alahmdulillah...Alhamdullilah....Terimaksih kepada sahabat semua...

Seterusnya bagi menjelang Aidilfitri yang akan tiba tidak berapa hari lagi program diteruskan untuk sampaikan Duit Raya kepada :

Anak-anak yatim yang Orang- orang susah  yang di pilih oleh Ust. Ahmad Baktier dari Sekolah yang berhapiran daerah ini anggaran Kos adalah 20 orang  X RM 50.00 atau lebih bergantung sumbangan dari tuan puan sahabat yang budiman...

 Gambar Penerima tahun 2012

Tangan yang berada di atas lebih baik daripada tangan yang dibawah, Tangan yang berada di atas adalah yang memberi, manakala tangan yang berada dibawah adalah tangan yang meminta 

Kepada Hamba-Hamba Allah Yang Budiman Ingin Bersama Menyertai Program Ini Serta Memberi Sumbangan..Terus Ke Akaun Saya

 May Bank: 158305195196 

JAMALUDDIN BIN HASSIM
HP: 019-5414673

Face Book : Jamaluddin Hassim

Friday, July 4, 2014

SUMBANGAN MENJELANG SYAWAL 2014M/1435H

UP DATE 15 JUL 2014


De' Redang, 15 Jul 2014 Hari Nuzul Al-Quran sempena bulan Ramadzan yang mulia ini, dengan sokongan sahabat - sahabat dan kakak-kakak yang budiman, sebanyak 30 bakul berisi keperluan makanan, seperti minyak, tepung, beras pulut, beras dan lain lain serta sehetai kain pelikat dan kain batik atau kain telekong telah dapat disempurnakan...terimakasih jazakallah khairan...

 



 

“Semoga Perkongsian Rezeki ini Membawa Sinar dalam hidup mereka, dan Memberikan Sinar kepada kita sepanjang jalan ke SYURGA..amin.. 


 ***************************************


De'Redang dengan kerjasama rakan kakak serta sahabat- sahabat yang budiman meneruskan kerja-kerja kebajikan.....Alhamdullilah program Sinar Harapan diteruskan bagi sama-sama membuat perkongsian rezeki yang dianugerah oleh yang maha esa,bagi kita membuat kerja amal jariah,  menjelang syawal 1435H kepada yang hendak menyampaikan sumbangan untuk kepada, fakir miskin, ibu tunggal atau pun keluarga. yang ramai berpendapatan rendah, boleh pm atau call saya 0195414673.....keperluan yang diperlukan adalah Telekong 100 helai, kain batik 50 helai, kain pelikat 50 helai serta keperluan dapur untuk 30 keluarga. Sumbangan duit raya kepada 20 X RM 50.00 anak yatim disekolah yang berdekatan.




  


Tangan yang berada di atas lebih baik daripada tangan yang dibawah, Tangan yang berada di atas adalah yang memberi, manakala tangan yang berada dibawah adalah tangan yang meminta 

Kepada Hamba-Hamba Allah Yang Budiman Ingin Bersama Menyertai Program Ini  Hubungi Saya

JAMALUDDIN BIN HASSIM
HP: 019-5414673

Face Book : Jamaluddin Hassim

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah, dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), Akan digandakan balasannya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.....Surah Al Hadid 57:18