"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Sunday, December 30, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2013



Selamat Menyambut Tahun 2013....Bagi Semua Pengunjung Blog De' Redang
Saya, Isteri & Keluarga Mendoakan..Tuan- Puan, Hamba-Hamba Allah Yang Budiman Mendapat Kesejahteraan Sihat Walafiat Serta Dapat Menjalankan Tugasan Dan Ibadah Dengan Sempurna Serta Mendapat Keredzaan Dan Keberkatan Ilahi.....

Ya Allah, Kami Mohon Kepadamu, Agar Diperelokkan Agama Yang Menjadi Pegangan Urusan Hidup Kami, Dunia Yang Menjadi Tempat Sementara Hidup Kami, Akhirat Yang Menjadi Tempat Kami Akan Kembali, Jadikanlah Hidup Ini Untuk
Menambahkan Kebaikan Dan 
Mati Kami Untuk Merehatkan Diri Dari Segala Keburukan.

Ya Allah, Perbaikilah Diri Antara Kami, Jinakkanlah Antara Hati Kami, Tunjukkanlah Kami Jalan Yang Selamat, Selamatkan Kami Daripada Kegelapan Kepada Yang Terang, Jauhkanlah Kami Daripada Perbuatan Keji, Baik Yang Nampak, Mahupun Yang Tersembunyi, Ya Allah, Limpahkan Keberkatan Kepada Kami, Pendengaran Dan Penglihatan Kami, Para Isteri Dan Anak-Anak Kami, Sahabat Handai Dan Rakan Taulan Kami Serta Pemimpin Kami Yang Telah Berjasa Kepada Kami....

Saya mengucapkan jutaan terimakasih kepada sahabat-sahabat yang budiman serta rakan seperjuangan Kakak Elly dan Suami dari Eksekutif suri serta rakan blogers yang bagi membantu kerja-kerja amal sepanjang tahun 2012...semoga tahun 2013 ini aktiviti dapat diteruskan bagi insan yang memerlukan, 

Aktiviti Sepanjang 2012




Wednesday, December 12, 2012

MISI SINAR HARAPAN: KEMBALI KESEKOLAH 2013


 
12 Dis 2012 ( Rabu ) - De Redang, Alhamdullilah dengan kerjasama Kakak Elly Eksekutif suri http://www.eksekutifsuri.blogspot.com/, dan Kakak ..sahabat-sahabat yang budiman program Back To School dapat di sempurnakan ke[pada adik-adik yang dikenal pasti yang keluarga kurang berkemampuan dan ahli keluarga yang ramai dan berpendapatan rendah serta anak yatim di kawasan perkampungan Redang Panjang dan persekitaran, Seramai 20 pelajar Sekolah Rendah, 5 pelajar sekolah menengah dan seorang kemenara gading dapat diberi sumbangan.  

Adik-adik yang menerima sumbangan mengaminkan doa,...
Ya Allah Ya Rahim Ampunkan Lah Dosa-Dosa Kami, Ampun Kanlah Dosa-Dosa Kedua Ibu Bapa Kami Dan Keluarga Kami, Ampunkanlah Dosa-Dosa Sahabat-Sahabat, saudara-saudara Yang Memberi Sumbangan Kepada Kami. Ya Allah Ya Tuhan Kami Berikanlah Kami Kekuatan Sihat Walafiat Dan Dipermudahkan Segala Urusan Dan Kami Bermohon Kepada Mu Murahkanlah Rezeki Kam..Ya Allah, Kami Memohon Kepada Mu Supaya Saudara-saudara Yang Budiman Dan Bermurah Hati  Memberi Sumbangan Kepada Kami Supaya Sihat Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dipermudahkan Urusan Seharian Mereka..Amin Ya Rabbal Alamin.....

Ya Allah Yang Maha Pengasih Lebih Dari Segala Yang Pengasih, Sesungguhnya Engkau Adalah Pelindung Bagi Kami Di Dunia Ini Dan Di Akhirat Nanti
  SEMOGA APA YANG KITA LAKUKAN DIBERKATI ILAHI...AMIN...
JAZAKALLAH KHAIRAN KHATIRA..