Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar…
Laa Ilaaha Illallaah wallaahu Akbar…
Allahu Akbar wa Lillaahilhamd…
Salam sejahtera buat semua...Program Sinar harapan Menjelang Ramadzan dan Syawal bagi tahun ini amat berjaya dapat disempurnakan dengan baik dengan sokongan rakan-rakan seperjuangan dan sahabat-sahabat yang budiman...semoga kerja-kerja kebajikan dan kebaikan yang dilakukan diberkati dan dirahmati ilahi...Jazzakallah Khairan Khatira...
DI PAGI SYAWAL YANG MULIA INI SAYA DAN KELUARGA MENGUCAPKAN "SELAMAT HARI RAYA... AIDIL FITRI" 1433/2012
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Ditujukan khas kepada semua kaum keluarga yang tersayang,
sahabat
handai, rakan-rakan bloggers seperjuangan yang dihormati dan diingati
serta semua yang mengenali diri saya tidak lupa juga kepada
sahabat-sahabat yang budiman yang membantu saya bagi mengadakan
program-program kebajikan dan di mana jua mereka berada.
Mohon kemaafan di atas ketelanjuran kata mahupun perbuatan.
Mohon kemaafan di atas ketelanjuran kata mahupun perbuatan.
Kepada yang memandu....sentiasa berhati-hati di jalanraya,
semoga anda semua selamat sampai dan kembali
ke destinasi masing-masing dengan selamat. Semoga lebaran kali ini lebih bermakna dan diredhai Allah SWT.
semoga anda semua selamat sampai dan kembali
ke destinasi masing-masing dengan selamat. Semoga lebaran kali ini lebih bermakna dan diredhai Allah SWT.
Saya
menyusun sepuluh jari, memohon maaf atas segala ketidak sempurnaan pada
tutur kata yang tidak enak didengar telinga, laku perbuatan yang tidak
manis di penglihatan, serta segala cacat cela diri yang nyata mahu pun
tersembunyi… agar benar-benarlah Aidilfitri ini disambut sebagai orang
yang pulang kepada asalnya yang fitrah (al-’aaideen) dan berjaya
(al-faaizeen).
Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita
Maaf Zahir & Batin
Ikhlas daripada :
De'Redang
Jamaluddin Bin Hassim & Keluarga