"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Saturday, March 31, 2012

SINAR HARAPAN

30 Mac 2012 - De Redang meneruskan kerja kebajikan mewakili sahabat-sahabat yang budiman bagi menyampaikan sumbangan kemiskinan. Ucapan terima kasih kepada sahabat yang memberi amanah untuk disampaikan kepada insan yang memerlukan...syukur pada Allah swt kerana mempermudahkan usaha, untuk menunaikan amanah ini. Syukur Alhamdulillah kerana sumbangan sahabat2 dapat disampaikan kepada mereka yang memerlukan, tersangat gembira sehingga menitiskan air mata setiap kali melihat sumbangan sahabat2 membawa sinar kepada mereka.





Jutaan terima kasih atas sokongan berterusan sahabat2 semua, terutama kepada rakan seperjuangan Kakak Elly dan suami dari Eksekutif Suri, Tekadkan dalam hati agar kita istiqamah dan ikhlas, semoga dapat kita kongsi rezeki dan keselesaan hidup kita bersama mereka. Tiada apa yang diharapkan selain KEBERKATAN dan KEREDAAN-Nya, Semoga apa yang kita lakukan diberkati dan dirahmati ilahi..

Kepada Sahabat-sahabat dan Hamba-Hamba Allah Yang Budiman Ingin Bersama
Memberi Sumbangan..
Terus Ke Akaun Saya-
May Bank: 158305195196 ..

BOLEH MENGHUBUNGI SAYA EN.JAMALUDDIN BIN HASSIM 019-5414673