"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Saturday, December 31, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012



SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2012....BAGI SEMUA PENGUNJUNG BLOG DE' REDANG
SAYA, ISTERI & KELUARGA MENDOAKAN..TUAN- PUAN, HAMBA-HAMBA ALLAH YANG BUDIMAN MENDAPAT KESEJAHTERAAN SIHAT WALAFIAT SERTA DAPAT MENJALANKAN TUGASAN DAN IBADAH DENGAN SEMPURNA SERTA MENDAPAT KEREDZAAN DAN KEBERKATAN ILAHI.....

Ya Allah, kami mohon kepadaMu, agar diperelokkan agama yang menjadi pegangan urusan hidup kami, dunia yang menjadi tempat sementara hidup kami, akhirat yang menjadi tempat kami akan kembali, jadikanlah hidup ini untuk menambahkan kebaikan dan mati kami untuk merehatkan diri dari segala keburukan.

Ya Allah, perbaikilah diri antara kami, jinakkanlah antara hati kami, tunjukkanlah kami jalan yang selamat, selamatkan kami daripada kegelapan kepada yang terang, jauhkanlah kami daripada perbuatan keji, baik yang nampak, mahupun yang tersembunyi, ya Allah, limpahkan keberkatan kepada kami, pendengaran dan penglihatan kami, para isteri dan anak-anak kami, sahabat handai dan rakan taulan kami serta pemimpin kami yang telah berjasa kepada kami....Amin-amin ya rabal alamin....


Wednesday, December 21, 2011

PROGRAM KEMBALI KESEKOLAH (BACK TO SCHOOL) 2012



DE REDANG - 21 DIS 2011...PROGRAM SINAR HARAPAN SUMBANGAN BANTUAN PERSIAPAN SEKOLAH SESI 2012
(BACK TO SCHOOL 2012)
TELAH SELAMAT DISEMPURNAKAN,
SERAMAI 34 PELAJAR DARI SEKOLAH AGAMA RAKYAT SUNGAI LIMAU DAN SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN BAHARU SELAMA PERAK TELAH MENERIMA SUMBANGAN ....

ALHAMDULLILAH.... DENGAN PERTOLONGAN DAN KEREDZAAN..ILAHI YANG MAHA MENGETAHUI...DE'REDANG
DENGAN KERJASAMA RAKAN SEPERJUANGAN KAKAK ELLY (EKSEKUTIF SURI.BLOGSPOT) SERTA SAHABAT-SAHABAT YANG BUDIMAN DIDALAM DAN DILUAR NEGARA KERJA KEBAJIKAN DITERUSKAN.... SEMOGA APA YANG KITA LAKUKAN DIRAHMATI ILAHI......



“Semoga Allah membalas dengan kebaikan yang setimpal” “jazakallahu khairan”....terimakasih...kepada yang terlibat








Orang yang bersedekah, menderma dan menginfak harta semata-mata kerana Allah SWT akan menerima ganjaran besar di akhirat nanti. Firman Allah SWT, dalam surah al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud, Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan......