"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Wednesday, June 30, 2010

TABONG SUSU JUN - JUL 2010




DISAMPAIKAN PADA 30 JUN 2010

Projek tabung susu Raudah di teruskan lagi atas usahasama Kakak Elly Eksekutifsuri.com & UmmikuSayang Charity Team dengan kerjasama sahabat2 egroups diteruskan bagi mengumpul dana bagi membiayai kos pembelian susu untuk anak-anak kecil di rumah anak yatim & fakir miskin agar bekalan susu dapat disediakan secara tetap setiap bulan. Susu ini juga di salurkan kepada orang miskin yang uzur dan sakit,

Alhamdulillah proses penyerahan untuk bulan jun & jul pada 29 - 30 Jun 2010..Ucapan penghargaan terimakasih kepada semua yang budiman serta yang memberi sumbangan...semoga apa yang kita lakukan diberkati ilahi.....

Carilah ilmu kerana perolehannya ialah serupa dengan bertakwa kepada Allah,mencarinya serupa dengan beribadah ,mempelajarinya serupa dengan bertasbih,menyelidikinya serupa dengan berjihad,mengajarnya kepada yang tidak tahu serupa dengan sedekah,memberitahu kepada mereka yang layak ialah beramal soleh.Juga ia adalah kawan kepada yang merasa keseorangan,sahabat semasa kesunyian ,petunjuk kepada agama,penghibur kepada kegembiraan dan kesedihan ,penolong kepada keseorangan ,saudara antara orang yang tidak dikenali dan lampu isyarat di jalan menuju syurga
(Riwayat Muaz bin Jabal)

Friday, June 25, 2010

MAJLIS KENDURI KESYUKURAN











25 Jun 2010 - Bertempat di De' Redang satu majlis kenduri doa selamat dan kesyukuran sempena adik-adik yang akan menjejakan kaki ke menara gading...

Saturday, June 5, 2010

SUMBANGAN DANA KE IPT

MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA ADIK MOHAMAD FARHAN AKAN KE POLITEKNIK UNGKU OMAR IPOH PADA 22 JUN 2010 (DIPLOMA KEJUTERAAN ELEKTRONIK)

MENYAPAIKAN SUMBANGAN KEPADA ADIK IZWAN AKAN KE UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN , BATU PAHAT JOHOR PADA 25 JUN 2010 (DIPLOMA KEJUTERAAN MEKANIKAL)
MENYAPAIKAN SUMBANGAN PADA 18 JUN 2010 KEPADA ADIK NURUL ZAHARAH AKAN KE POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUAZAM SHAH JITRA KEDAH PADA 21 JUN 2010 (DIPLOMA PEMASARAN)
PENYAMPAIAN PADA 22 JUN 2010 KEPADA ADIK NORMI AKAN KE (UMS) KOTA KINABALU SABAH (BAGI JURUSAN SARJANA MUDA PENDIDIKAN KEWANGAN ANTARABANGSA) DANA SUMBANGAN ADALAH DARI HAMBA ALLAH YANG BUDIMAN RAKYAT MALAYSIA MENCARI NAFKAH DI NEGARA SUDAN

PENYAMPAIAN SUMBANGAN DILAKUKAN PADA 25 JUN KEPADA ADIK NARIMA BT MOHAMAN HAMIDI, AKAN KE UUM SINTOK JITRA KEDAH BAGI JURUSAN SARJANA MUDA PENDIDIKAN


Disini saya mengucapkan jutaan terimakasih kepada kakak Elly dari Eksekutifsuri , sahabat-sahabat yang dermawan kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menyampaikan dana wang kepada adik-adik kita yang cemerlang ke Menara Gading kepada adik Izwan , Adik Mohamad Farhan, Adik Nurul Zaharah, Adik Normi dan adik Narima dari Batu Kurau Perak. Sehubungan dengan itu amanah yang telah diberikan kepada saya telah pun saya sampaikan pada malam 5 ,18, 22 & 25 Jun 2010 sebanyak :


RM 500.00 X 5 orang= RM 2,500.00


Sehubungan dengan itu ucapan terimakasih kepada penderma - penderma yang budiman dari adik- adik berkenaan serta keluaraga mereka bagi meringankan beban mereka serta persediaan ke IPT pada penghujung bulan ini dan awal jul, mereka telah berjanji akan mengunakan wang yang berkenaan sebaik mungkin bagi keperluan ke IPT serta akan belajar bersunguh-sunguh untuk berjaya dimasa hadapan.


Saya mendoakan apa yang kita lakukan ini diberkati oleh Allah yang maha esa. Sekiranya adalagi penderma yang ingin menyalurkan sumbangan boleh lah menghubungi saya melalui talian 019-5414673 kerana masih terdapat adalagi insan yang cemerlang dan inginkan bantuan..


Ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan sama ada yang kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, kurniakan kami nikmat dan rahmat yang berpanjangan, tubuh badan yang sihat, akal fikiran yang sejahtera, semangat yang membara bagi mempertingkatkan kualiti kerja.

Ya Allah, kami mohon perlindunganMu dari segala keburukan, hasad dengki dan iri hati, sama ada kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, ya Allah, lembutkan dan satukanlah jiwa-jiwa hambaMu ini, agar wujud kesepakatan dan kesefahaman antara kami, bagi menunaikan tugas yang diamanahkan, dengan lebih berkesan, meneruskan khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara.