"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Sunday, June 16, 2013

SINAR HARAPAN: PROGRAM RAMADZAN 2013M / 1434H

UP DATE 5 JUL 2013

De redang dengan kerjasama rakan seperjuangan Eksekutifsuri.Blogspot Kak Elly dan sahabat- sahabat yang budiman meneruskan kerja-kerja kebajikan.....Alhamdullilah program kebajikan akan diteruskan lagi untuk membantu pusat Pengajian Agama, fakir miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim piatu & yatim, orang kurang upaya, orang-orang tua yang uzur dan miskin, mualaf serta keluarga yang berpendapatan rendah mempunyai anak-anak yang ramai bagi membantu serta merasai kehidupan yang selesa sempena menjelang bulan ramadzan 1434 yang mulia tidak berapa lama lagi...kepada sahabat -sahabat yang ingin sama-sama menyertai program ini amat dialu-alukan...



Kepada Hamba-Hamba Allah Yang Budiman Ingin Bersama Menyertai Program Ini Bolehlah Menghubungi Saya
JAMALUDDIN BIN HASSIM
HP: 019-5414673

PROGRAM YANG DIRANCANGKAN

PROGRAM 1 – SEBELUM MENJELANG 1 RAMADZAN MENGANJURKAN MAJLIS KENDURI TAHLIL ARWAH KEPADA ALLAHYARHAM MUSLIMIN DAN ALLAHYARHARMAH MUSLIMAT , BAGI MENYAMBUT RAMADZAN AL-MUBARAK SEMOGA ROH-ROH DITEMPATKAN DIGOLONGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN..PROGRAM TELAH SELAMAT DISEMPURNAKAN PADA 5 JUL 2013



PROGRAM 2 – MEMBANTU MENYAMPAIKAN BERAS FIDYAH MENGANTIKAN PUASA YANG TERTINGGAL KEPADA KELUARGA MISKIN YANG BERPENDAPATAN RENDAH, IBU TUNGGAL, OKU DAN ANAK YATIM

ANGGARAN KOS:        MENGIKUT KEHENDAK SAHABAT-SAHABAT  YANG INGIN MENYAMPAIKAN.


PROGRAM 3 - MENJELANG RAMADZAN MEMBERI SUMBANGAN BUAH KURMA KEPADA 200 KELUARAGA MISKIN YANG BERPENDAPATAN RENDAH, IBU TUGGAL, OKU, NENEK MENGAJI PONDOK

ANGGARAN KOS 1 KOTAK KURMA RM 10.00 X 200 KOTAK KURMA

PROGRAM 4 - MENGANJURKAN SEHARI ATAU LEBIH MAJLIS BERBUKA PUASA, KENDURI TAHLIL & MORE UNTUK ORANG TUA-TUA, TOK NENEK MENGAJI PONDOK DAN PELAJAR AGAMA SERAMAI 100 ORANG DI SEKOLAH AGAMA DARUL TAALIM SUNGAI LIMAU SELAMA PERAK ( DIADAKAN JUGA KENDURI TAHLIL & ARWAH -SEBELUM WAKTU BERBUKA BERMULA JAM 6.30 PETANG SETIAP HARI) 

ANGGARAN KOS RM 5.00 X 100 ORANG = RM 500.00 SEMALAM… TERPULANG KEPADA PARA SAHABAT YANG INGIN MENYERTAI, KEKOSONGAN MASIH ADA..



PROGRAM 5 - MEMBERI SUMBANGAN 15 KAMPIT BERAS DAN RM 500.00 BAGI MENYEDIAKAN BUBUR LAMBUK DI MASJID. BUBUR LAMBUK DISEDIAKAN OLEH SEORANG MAKCIK DIRUMAHNYA DAN DIAGIHKAN KEPADA PENDUDUK KAMPUNG SELEPAS SOLAT ASAR.

ANGGARAN KOS RM 800.00
  

PROGRAM NO.6 – DI AWAL RAMADZAN SUMBANGAN BERAS DAN KEPERLUAN DAPUR BAGI 50 KELUARGA FAKIR MISKIN, KELUARGA BERPENDAPATAN RENDAH, ANAK YATIM DAN JUGA OKU. 

ANGGARAN KOS RM 100.00 X 50 KELUARGA

 


Apakah yang lebih kaya daripada laut ?
Saidina Ali menjawab : Hati yang Qanaah lebih kaya daripada lautan....

Ya Allah..Tetapkanlah Hati Kami, Perluaskanlah Rezeki, Dekatkanlah Hati Kami Kepada Kebaikan, Jauhkanlah Hatinya Pada Kejahatan, Tunaikanlah Hajat Baik Hajat Dalam Agama,Dunia Dan Akhirat...

Semoga Kerja Kebaikan Yang Lakukan Diberkati Dan Dirahmati Ilahi .....Amin...
PROGRAM AKAN DIKEMA
SKINI DARI MASA KE SEMASA MENGIKUT KEPERLUAN INFO KEBAJIKAN 


Sunday, June 9, 2013

Esok 1 Syaaban Datang Lagi... Ramadzan Sedang Menanti




Hadis daripada Saidina 'Ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Apabila masuk malam nisfu Sya'ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Ta'ala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akan melepaskannya, sesiapa yang demikian...sesiapa yang demikian ...sehinggalah terbitnya fajar." 

Saturday, May 25, 2013

MISI SINAR HARAPAN : MENARA GADING 2013 (MEI/JUN)

iNFO DARI...http://www.eksekutifsuri.blogspot.com/,......Alhamdulillah.. Jazakilahu khairan kathira atas sokongan sahabat Baya Wanchik. Hasil jualan amal dari https://www.facebook.com/pages/Fans-of-homegoods/251681851628260?fref=tsRM2000 telah diserahkan kpd wakil Sanggar Suri di Redang Panjang, Perak, En Jamaluddin Hassim pagi tadi. Anak akan mendaftar di Matrikulasi Kuantan  bertolak hari ini.

25 Mei 2013 - De Redang, Alhamdullilah bagi meneruskan kerja-kerja kebajikan, De Redang dengan kerjasama Kakak Elly dari http://www.eksekutifsuri.blogspot.com/, serta UkS Charity Team dan sahabat-sahabat yang budiman amanah yang diberi untuk menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar ke IPTA telah dapat disempurnakan:


1. ADIK NOR SHAMSIAH BINTI HASSAN BAKRI, NO. KP 950607-08-5856, DARI KG REDANG PANJANG BATU KURAU PERAK, STATUS IBU TIDAK BEKERJA, BAPA SEORANG SAHAJA BEKERJA DI LADANG DENGAN PENDAPATAN DIBAWAH RM 800.00 DENGAN MEMPUNYAI ANAK-ANAK YANG MASIH BERSEKOLAH SERAMAI ENAM ORANG KELUARGA INI KERAP KALI KITA BANTU, AWAL TAHUN YANG LALU KITA BANTU ADIKNYA MASUK MRSM DI PARIT BUNTAR, ADIK INI MEMANG ADE POTENSI UNTUK BERJAYA...... 

TAWARAN KE IPTA:
1 TAHUN 2 SEM, TARIKH LAPUR DIRI 27 MAY 2013, TARIKH BAPA HANTAR PADA 27 MAY 2013, JUMLAH PENDAFTARAN RM 500.00, ANGGARAN KOS LAPUR DIRI DAN PERBELAJAAN RM 300.00  JUMLAH RM 800.00

 Alhamdullilah sumbangan sebanyak RM 600.00 telah selamat di sempurnakan.Adik Nor Shamsiah berjanji akan belajar bersunguh-sunguh.." saya mengucapkan jutaan terimakasih semoga Allah S.W.T memberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki dan permudahkan urusan kepada insan yang budiman...

************************************************

2. ADIK MOHAMAD FARIS BIN MOHAMAD YUSOF, NO. KP: 95071601-7633, DARI KG REDANG PANJANG BATU KURAU PERAK, STATUS IBU ADALAH TUNGGAL DAN MEMPUNYAI 2 ORANG ADIK BERADIK, PEKERJAAN IBU ADALAH KERJA KILANG PENDAPATAN SEBULAN RM 600.00 BAGI MENYARA KELUARGA, UNTUK MAKLUMAN KELUARGA INI KERAP KALI KITA BANTU, TAHUN LEPAS ABANGNYA MASUK KE IPTA KITA BANTU.... 

TAWARAN KE IPTA:
1 TAHUN 2 SEM, TARIKH LAPUR DIRI 27 MAY 2013, TARIKH IBU HANTAR PADA 27 MAY 2013, JUMLAH PENDAFTARAN RM 500.00, ANGGARAN KOS LAPUR DIRI DAN PERBELAJAAN RM 300.00  JUMLAH RM 800.00

 Alhamdullilah sumbangan sebanyak RM 600.00 telah selamat di sempurnakan.Adik Mohamad Faris ..." saya ucapkan terimakasih kepada Hamba Allah yang telah  bersunguh-sunguh menyedekahkan wang kepada saya untuk menyambung pelajaran saya, Saya telah menerima wang sebanyak RM 600.00...Isyaallah saya akan belajar bersunguh-sunguh... Jazzakallah khairan khatira.....

***********************************************
BAGI ADIK NURUL ASYIQIN  PENYAMPAIAN SUMBANGAN  RM800.00 AKAN DI SEMPURNAKAN... ISYALLAH PADA HARI SELAS 28 MAY 2013 KEPADA IBUNYA KERANA  ADIK NURUL ASYIQIN TELAH BERTOLAK KE KUANTAN PADA PAGI 25 MAY YANG LALU..ISYALLAH..

3. ADIK NURUL ASYIQIN BINTI MOHD SHAFIE, NO. KP : 950305-08-5850,DARI REDANG PANJANG BT. KURAU PERAK, BAPA BEKAS PESARA TENTERA (KAKI KUDUNG SEBELAH - OKU) DISEBABKAN KAKI TERKENA JERANGKAP SAMAR (BOM)SEMASA BERTUGAS DIDALAM ATM , PENCEN BAPA RM 916.00 DAN TIADA PENDAPATAN LAIN, IBU SURI RUMAH SEPENUH MASA, BUAT JUALAN KECIL-KECILAN JUAL AISKRIM MALAYSIA...ADIK BERADIK 3 ORANG MASIH TIDAK BEKERJA,

TAWARAN KE IPTA:

KOLEJ MATRIKULASI KUANTAN PAHANG,JURUSAN SAINS, SELAMA 2 TAHUN 4 SEM, TARIKH LAPUR DIRI 27 MAY 2013, TARIKH IBUBAPA HANTAR PADA 26 MAY 2013, JUMLAH PENDAFTARAN RM 550.00, ANGGARAN KOS LAPUR DIRI DAN PERBELAJAAN RM 500.00  JUMLAH RM 1,050.00...

UPDATE 28 MAY 2013 SELASA 10.00 MALAM


ALHAMDULLIAH...MISI IPTA...Alhamdullilah bersyukur kehadrat ilahi... sumbangan kepada ibu adik nurul asyiqin yang telah pun mendaftar di Kolej matrikulasi Kuantan, sebanyak RM 800.00 telah selamat disempurnakan, Ibu kepada adi nurul asyiiqin mengucapkan jutaan terimakasih kepada penderma-penderma yang budiman....dengan sumbangan yang diberikan dapat meringankan sikit keuwanganya dan suaminya yang OKU kaki dipotong semasa perkhidmatan dalam ATM,   "Saya mendoakan semoga sahabat-sahabat yang budiman yang membantu anak saya sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.....Jazzakallah khairan khatira.....

Bukan semua rezeki kita miliki kita kecapi nikmat di dunia. 
Jom rasakan nikmat di akhirat dengan menginfaqkan ke jalan Allah...

 Saya mendoakan semoga pengunjung blog De Redang dan para sahabat yang budiman serta keluarga  Sihat Walafiat Di Panjangkan Usia, Dimurahkan Rezeki Aman Damai Bersama Keluarga Tersayang...Semoga Kerja Kebaikan Yang Lakukan Diberkati Dan Dirahmati Ilahi .....Amin..

Jazakallah Khairan Khatira...



Sunday, May 5, 2013

Salam Alaik....


ALHAMDULLILAH KITA BARU SELESAI MELAKSANAKAN TANGUNG JAWAB PRU 13.....

MARILAH KITA HAYATI SEBUAH HADIS MUSLIM ATAS HAK MUSLIM ITU ADA TIGA PULUH, SESEORANG MUSLIM TIDAK TERLEPAS DARIPADANYA KECUALI DENGAN MENUNAIKANYA ATAU MEMAAFKANYA:

ANTARANYA:

1. Memberi salam bila bertemu dan menjawabnya.
2. Ucap Alhamdullilah bila bersin.
3. Beri nasihat terbaik jika diminta.
4. Menunaikan jemputan.
5. Melawatnya bila sakit.
6. Menghantar jenazah.

.....Ali Bin Abi Thalib....

Tuesday, April 30, 2013

SELAMAT HARI PEKERJA 1 Mei 2013


Assalamualaikum ...sahabat-sahabat ku yang budiman , Sempena 1 Mei 2013 HARI PEKERJA, saya mendokan sahabat-sahabat sihat walafiat , dimurahkan rezeki aman damai serta dapat menjalankan ibadah seharian dengan sempurna....Semoga kerja yang kita lakukan diberkati dan dirahmati ilahi.....

Sunday, March 31, 2013

Assalamualaikum .....


"Ya Allah Panjangkanlah Umur Kami Dalam Mentaati-Mu, Dan Mentaati Utusan-Mu Serta Jadikanlah Kami Hamba-Hamba-Mu Yang Saleh...Rasullullah S.A.W bersabda Allah S.W.T sentiasa menolong hambanya selagi hambanya menolong saudara-saudaranya..........Bukhari....
 Saidina Ali KarramAllahhu Wajhah menjawab                                           7 pertanyaan dengan penuh hikmah”
1- Apakah yang lebih berat daripada langit ?
Saidina Ali menjawab : Tuduhan palsu / Berdusta lebih berat daripada langit.

2- Apakah yang lebih luas daripada bumi ?
Saidina Ali menjawab :Kebenaran lebih luas daripada bumi.

3- Apakah yang lebih kaya daripada laut ?
Saidina Ali menjawab : Hati yang Qanaah lebih kaya daripada lautan.

4- Apakah yang lebih keras daripada bartu ?
Saidina Ali menjawab :Hati orang munafiq lebih keras daripada batu.

5- Apakah yang lebih panas daripada api ?
Saidina Ali menjawab : Penguasa yang zalim lebih panas daripada api.

6-  Apakah yang lebih sejuk daripada Zamharir ( Neraka yang paling dingin ) ?
Saidina Ali menjawab :Berhajat kepada orang yang bakhil lebih sejuk / dingin daripada Zamharir.

7- Apakah yang lebih pahit daripada racun ?
Saidina Ali menjawab : Sabar lebih pahit daripada racun  (pada riwayat yang lain) Mengadu domba lebih pahit daripada racun.

   Saya mendoakan semoga pengunjung blog De Redang dan para sahabat yang budiman serta keluarga  Sihat Walafiat Di Panjangkan Usia, Dimurahkan Rezeki Aman Damai Bersama Keluarga Tersayang...Semoga Kerja Kebaikan Yang Lakukan Diberkati Dan Dirahmati Ilahi .....Amin...