"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Saturday, September 11, 2010

UCAPAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH



Bagi Program Bantuan Sumbangan Sinar Harapan Ramadzan Dan Aidil Fitri 1431/2010
Alhamdullilah Bershukur Kita Kehadrat Ilahi Atas Sokongan Rakan-Rakan Seperjuangan Dan Sahabat-Sahabat Kerana Mempermudahkan Saya Mengadakankan Program Sinar Harapan Ramadzan Dan Menjelang Aidil Fitri 1431/2010, Bagi Membantu Insan-Insan Yang Memerlukan....Saya Tidak Keseorangan Bagi Membantu Insan Yang Memerlukan Kerana Atas Sokongan Sahabat-Sahabat Yang Budiman Program Yang Dirancangkan Dapat Dilakukan Dengan Jayanya.....Saya Bagi Pihak Penerima- Penerima Sumbagan Mengucapkan Jutaan Terimakasih Atas Sumbangan Yang Diberikan....

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’aala Menerima Baik Segala Amal Ibadah Dan Kebajikan Yang Dilakukan Di Sepanjang Bulan Ramadhan Kali Ini Dengan Sebaik-Baik Penerimaan Serta Ganjaran. Mudah-Mudahan Kita Semua Dipertemukan Lagi Dengan Ramadhan Berikutnya, Ameen.

GAMBAR AKTIVITI PROGRAM SINAR HARAPAN RAMADZAN DAN AIDIL FITRI 1431/2010
















BERBUKA PUASA KENDURI PENGHUJUNG RAMADZAN & MENJELANG SYAWAL SERTA TAHLIL




Program selepas ini adalah Qorban & aqiqah yang akan diadakan
sempena hari raya haji tahun ini pada 17 Nov 2010...
nanti saya akan masukkan dalam blog....pada pertengahan bulan Okt 2010
(anggaran kos satu bahagian RM350.00 - anggaran seekor lembu RM 2450.00, anggaran seekor kambing RM 600.00) termasuk kos mengurus bagi mengadakan kenduri tahlil), daging-daging Qurban dan aqiqah akan diagihkan kepada fakir miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim serta keluarga yang berpendapatan dibawah RM 600.00
serta mempunyai anak-anak yang ramai

tolong sampaikan salam dan war-warkan kepada sahabat-sahabat dan rakan-rakan....

Thursday, September 9, 2010

SALAM AIDIL FITRI 1431/2010



Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar…

Laa Ilaaha Illallaah wallaahu Akbar…

Allahu Akbar wa Lillaahilhamd…

Salam sejahtera buat semua...Ucapan

"SELAMAT HARI RAYA... AIDIL FITRI" 1431/2010

MAAF ZAHIR DAN BATIN
ditujukan khas kepada semua kaum keluarga yang tersayang,

sahabat handai, rakan-rakan bloggers seperjuangan yang dihormati dan diingati serta semua yang mengenali diri saya
....di mana jua mereka berada.
Mohon kemaafan di atas ketelanjuran kata mahupun perbuatan.

Kepada yang memandu....sentiasa berhati-hati di jalanraya,
semoga anda semua selamat sampai dan kembali
ke destinasi masing-masing dengan selamat.
Semoga lebaran kali ini lebih bermakna dan diredhai Allah SWT.

Saya menyusun sepuluh jari, memohon maaf atas segala ketidak sempurnaan pada tutur kata yang tidak enak didengar telinga, laku perbuatan yang tidak manis di penglihatan, serta segala cacat cela diri yang nyata mahu pun tersembunyi… agar benar-benarlah Aidilfitri ini disambut sebagai orang yang pulang kepada asalnya yang fitrah (al-’aaideen) dan berjaya (al-faaizeen).

Anak ikan berenang di kali,
Cekal mengharung deras airnya;
Ramadan itu pergi tak kembali,
Syawwal hadir syukur ditanda.

Salam Aidil Fitri

Maaf Zahir & Batin

Ikhlas daripada :De'Redang

Jamaluddin Bin Hassim

&

Keluarga






Program selepas ini adalah Qorban & aqiqah yang akan diadakan sempena hari raya haji tahun ini pada 17 Nov 2010...nanti saya akan masukkan dalam blog....


Wednesday, September 8, 2010

PROGRAM SINAR HARAPAN: MAJLIS KENDURI TAHLIL & BERBUKA PUASA PENGHUJUNG RAMADZAN DAN MENJELANG SHAWAL



8 SEP 2010 - RUMAH PAKLONG DAUT, PERUMAHAN AWAM REDANG PANJANG BATU KURAU PERAK, SATU MAJLIS TAHLIL & DOA KESHUKURAN DAN BERBUKA PUASA TELAH DIADAKAN SEMPENA AKHIR RAMADZAN DAN JUGA MENJELANG SHAWAL TELAH SELAMAT DIADAKAN, UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SAHABAT - SAHABAT YANG MEMBERI PERUNTUKAN BAGI MENGADAKAN MAJLIS AMAT BERMAKNA INI, UCAPAN TERIMAKASIH JUGA KEPADA PAK LONG DAUT DAN ISTERI KERANA SUDI MENGADAKAN MAJLIS DIRUMAHNYA.....TERIMAKASIH JUGA KEPADA SAHABAT - SAHABAT YANG BERGOTONG ROYONG MENYEDIAKAN JUADAH...
SEMOGA APA YANG KITA LAKUKAN DIBERKATI ILAHI....

“Dan orang-orang Islam yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa-dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dalam iman dan jangan Engkau jadikan kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan Rahmat-Mu.”



Saturday, July 3, 2010

TERIMA SUMBANGAN BILIK AIR DAN TANDAS & SUMBANGAN KE IPT

Maklumat pada 27 Mac 2010

Tepi Parit Tali Air, Kampung Redang Panjang Luar Ijok, Batu Kurau, Taiping Perak. Tinggal satu keluarga yang ramai iaitu Abang Mohaman Hamidi (dikenali di kampong sebagai Abang Tan) berumur 48 tahun bersama Isteri Kakak Norma Bt Shaari 41 tahun, tinggal bersama Sembilan orang anak, yang sulung Narima 20 th, Mohd Jefri 19 th, Rozani 15 th, Mohd Adam 13 th, Rozana 12 th, Rozeti 9 th, Mohd Amin 7 th, Mohd Shah 5 th dan Mohd Fauzi 2 th, telah menetap di rumah kecil berukuran anggaran 15 kaki X 15 kaki hampir 16 tahun diatas tanah pusaka yang ramai bahagianya.

Dengan keluarga yang ramai abang Mohaman Hamidi tidak mampu menyediakan rumah yang sesuai dari segi bilik, bilik mandi serta tandas, wang pendapatannya hanya untuk membeli makanan seharian dan perbelanjaan sekolah anak nya.

TANDAS SEBELUM

TANDAS SELEPAS DIBINA BARU

BILIK AIR SEBELUM

BILIK AIR SELEPAS DIBINA BARU

3 Jul 2010 - Atas keperihatinan kakak Ustazah Siti Fadzilah dan suami dari aljauhar.blogspot, serta sahabat- sahabat yang budiman sumbangan bilik air yang berukuran 8 x 8 kaki dan tandas dapat disediakan untuk abang Mohaman Hamidi serta keluarga seperti gambar yang disertakan.

Sumbangan ke IPT dilakukan pada 25 Jun 2010

Ucapan terimakasih kepada kakak Elly dari Eksekutifsuri , sahabat-sahabat yang dermawan, kerana dapat memberi sumbangan sebanyak RM 500.00 kepada anak abang Mohaman Hamidi , adik Narima, akan ke UUM SINTOK JITRA KEDAH BAGI JURUSAN SARJANA MUDA PENDIDIKAN.

Saya, mendoakan apa yang kita lakukan ini diberkati oleh Allah yang maha esa.

“Barangsiapa yang meminta ke atas kamu di atas nama Allah dengan jalan syarak maka hendaklah kamu memberi dan barang siapa buat kerja kebajikan untuk kamu maka berikan ganjaran dan sekiranya tiada benda diberi maka cukuplah dengan pujian.”




Wednesday, June 30, 2010

TABONG SUSU JUN - JUL 2010




DISAMPAIKAN PADA 30 JUN 2010

Projek tabung susu Raudah di teruskan lagi atas usahasama Kakak Elly Eksekutifsuri.com & UmmikuSayang Charity Team dengan kerjasama sahabat2 egroups diteruskan bagi mengumpul dana bagi membiayai kos pembelian susu untuk anak-anak kecil di rumah anak yatim & fakir miskin agar bekalan susu dapat disediakan secara tetap setiap bulan. Susu ini juga di salurkan kepada orang miskin yang uzur dan sakit,

Alhamdulillah proses penyerahan untuk bulan jun & jul pada 29 - 30 Jun 2010..Ucapan penghargaan terimakasih kepada semua yang budiman serta yang memberi sumbangan...semoga apa yang kita lakukan diberkati ilahi.....

Carilah ilmu kerana perolehannya ialah serupa dengan bertakwa kepada Allah,mencarinya serupa dengan beribadah ,mempelajarinya serupa dengan bertasbih,menyelidikinya serupa dengan berjihad,mengajarnya kepada yang tidak tahu serupa dengan sedekah,memberitahu kepada mereka yang layak ialah beramal soleh.Juga ia adalah kawan kepada yang merasa keseorangan,sahabat semasa kesunyian ,petunjuk kepada agama,penghibur kepada kegembiraan dan kesedihan ,penolong kepada keseorangan ,saudara antara orang yang tidak dikenali dan lampu isyarat di jalan menuju syurga
(Riwayat Muaz bin Jabal)

Friday, June 25, 2010

MAJLIS KENDURI KESYUKURAN











25 Jun 2010 - Bertempat di De' Redang satu majlis kenduri doa selamat dan kesyukuran sempena adik-adik yang akan menjejakan kaki ke menara gading...