"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Thursday, May 13, 2010

PROJEK TABUNG SUSU

SUSU RAUDAH


SUMBANGAN SUSU DISAMPAIKAN PADA 11 MAY 10

SUMBANGAN SUSU DISAMPAIKAN PADA 11 MAY 10

SUMBANGAN SUSU TASKI ISLAM SG. LEMPUNG DI SAMPAIKAN PADA 14 MAY 10

SUMBANGAN SUSU TASKI ISLAM SG. SEGGAR DI SAMPAIKAN PADA 14 MAY 10

Projek tabung susu Raudah di teruskan lagi atas usahasama Kakak Elly Eksekutifsuri.com & UmmikuSayang Charity Team dengan kerjasama sahabat2 egroups diteruskan bagi mengumpul dana bagi membiayai kos pembelian susu untuk anak-anak kecil di rumah anak yatim & fakir miskin agar bekalan susu dapat disediakan secara tetap setiap bulan.

Alhamdulillah proses penyerahan untuk bulan May pada 11-14 May 2010 kepada Taski Islam Sungai Lempung Dan Taski Islam Sungai Segar dan kanak-kanak didaerah Selama serta Beberapa Kg. di Lenggong Perak...Ucapan penghargaan terimakasih kepada semua yang budiman serta yang memberi sumbangan...semoga apa yang kita lakukan diberkati ilahi.....

“Wahai Tuhan kami! Anugrahkanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta peliharalah kami dari api neraka.”

“Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah cahaya kami dan ampunilah kami, karena sesungguhnya Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu.”

Wednesday, May 12, 2010

UCAPAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH

SEBELUM - BANGSAL ROSAK DI TIMPA POKOK GETAH

SELEPAS DIPERBAIKI

STOR UNTUK MENYIMPAN PERALATAN PENGKEBUMIAN

SAYA BAGI PIHAK SELURUH PENDUDUK-PENDUDUK KAMPUNG REDANG PANJANG DAN YANG BERHAMPIRAN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMAKASIH TERUTAMA KEPADA

KAKAK SITI FADZILAH DAN SUAMI DARI Aljauhar2.Blogspot, KAKAK ALLY DAN SUAMI DARI Eksekutifsuri.Blogspot, SYARIKAT-SYARIKAT DAN ORANG PERSEORANGAN YANG MEMBANTU MEMBERI SUMBANGAN PEMBINAAN BANGSAL/ STOR DIATAS TANAH PERKUBURAN ISLAM KAMPUNG REDANG PANJANG DAN SUMBANGAN PERALATAN - PERALATAN PENGKEBUMIAN.BANGSAL YANG TELAH SIAP DIBINA BAGI MEMUDAHKAN PENGURUSAN JENAZAH ....SEMOGA APA YANG KITA LAKUKAN DIRAHMATI ILAHI....

YA ALLAH, KAMI MOHON KEPADAMU, AGAR DIPERELOKKAN AGAMA YANG MENJADI PEGANGAN URUSAN HIDUP KAMI, DUNIA YANG MENJADI TEMPAT SEMENTARA HIDUP KAMI, AKHIRAT YANG MENJADI TEMPAT KAMI AKAN KEMBALI, JADIKANLAH HIDUP INI UNTUK MENAMBAHKAN KEBAIKAN DAN MATI KAMI UNTUK MEREHATKAN DIRI DARI SEGALA KEBURUKAN................

Saturday, April 10, 2010

SUMBANGAN KEPADA FAKIR MISKIN DI SELAMA PERAK

FAKIR MISKIN WARGA EMAS DI SELAMA PERAK

KAKAK JARIAH MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA SEORANG IBU DAN ANAK DI SELAMA


SUMBANGAN DISAMPAIKAN KEPADA KAKAK JAN YANG MANA KERJANYA MENGUTIP SAMPAH BARANG-BARANG PALSTIK UNTUK DIJUAL SEBAGAI MATA PENCARIANYA DI SELAMA PERAK

SAMPAH BARANG-BARANG PLASTIK YANG DI KUTIP OLEH KAK JAN DI BELAKANG RUMAHNYA DI SELAMA PERAK

8 APR 2010 - SUMBANGAN KEPADA FAKIR MISKIN DI DAERAH SELAMA DAN LENGGONG PERAK TELAH DIBERIKAN KEPADA PENERIMA...UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA KAK ELLY DAN SUAMI DARI eksekutifsuri.com DAN HAMBA ALLAH DARI SUDAN YANG BUDIMAN, UCAPAN TERIMAKASIH JUGA KEPADA USTAZAH KAKAK SITI FADZILAH DAN ABANG RAHIM DARI AL-JAUHAR KERANA BANYAK MEMBERI TUNJUK AJAR PANDUAN DAN NASIHAT BERKAITAN KERJA-KERJA KEBAJIKAN YANG DILAKUKAN ....SEMOGA KERJA-KERJA YANG KITA LAKUKAN DIRAHMATI OLEH ALLAH YANG MAHA ESA...




Thursday, April 8, 2010

TERIMA BANTUAN SUMBANGAN PENYELENGGARAAN RUMAH

LANTAI RUMAH YANG TELAH DISIMEN

DINDING YANG TELAH SIAP DI PLASTER DAN DI CAT

8 APR 2010 - Alhamdulillah bantuan sumbangan untuk penyelenggaraan rumah telah pun di serahkan kepada abang yusuf, kerja-kerja telah pun selesai dilakukan oleh abang yusuf bagi menyiapkan rumahnya...ucapan terimakasih kepada ahli UkS Charity Team, Resipi.Net & Kak Elly dan suami Eksekutif Suri, sahabat dari Sudan serta orang perseorangan yang memberi sumbangan.

PROJEK TABUNG SUSU UNTUK ANAK YATIM & FAKIR MISKIN

GURU TASKI ISLAM SUNGAI SEGAR

TASKI ISLAM SUNGAI SEGAR SELAMA PERAK


PROJEK TABUNG SUSU UNTUK ANAK YATIM & FAKIR MISKIN usahasama Eksekutifsuri.com & UmmikuSayang Charity Team dengan kerjasama sahabat2 egroups diteruskan bagi mengumpul dana bagi membiayai kos pembelian susu untuk anak-anak kecil di rumah anak yatim & fakir miskin agar bekalan susu dapat disediakan secara tetap setiap bulan.

Alhamdulillah proses penyerahan untuk bulan Feb dan Mac telah disempurnakan pada 3 Apr 2010 kepada Taski Islam Sungai Lempung Dan Taski Islam Sungai Segar dan kanak-kanak didaerah Selama serta Beberapa Kg. di Lenggong Perak...Ucapan penghargaan terimakasih kepada semua yang budiman serta yang memberi sumbangan...semoga apa yang kita lakukan diberkati ilahi.....

Friday, March 26, 2010

SUMBANGAN DAN BANTUAN KEMISKINAN (PROGRAM SINAR HARAPAN)


27 MAC 2009 - Sabtu


Maklumat


Tepi Parit Tali Air, Kampung Redang Panjang Luar Ijok, Batu Kurau, Taiping Perak. Tinggal satu keluarga yang ramai iaitu Abang Mohaman Hamidi (dikenali di kampong sebagai Abang Tan) berumur 48 tahun bersama Isteri Kakak Norma Bt Shaari 41 tahun, tinggal bersama Sembilan orang anak, yang sulung Narima 20 th, Mohd Jefri 19 th, Rozani 15 th, Mohd Adam 13 th, Rozana 12 th, Rozeti 9 th, Mohd Amin 7 th, Mohd Shah 5 th dan Mohd Fauzi 2 th, telah menetap di rumah kecil berukuran anggaran 15 kaki X 15 kaki hampir 16 tahun diatas tanah pusaka yang ramai bahagianya.


Abang Mohaman Hamidi bekerja kampong dengan pendapatan tidak menentu dianggarkan RM 700.00 sebulan, isterinya kakak Norma tidak bekerja kerana menjaga anak yang ramai.

Seorang anaknya Mohd Jefri 19 th, sedang belajar di maktab perguruan, seorang lagi anak perempuanya Narima Bt Mohaman Hamidi Mykad 901018-08-5304 sedang menunggu tawaran dari IPT, keputusan STPM 2009 ialah 3.25, di Sekolah Menengah Dato Haji Hussein Selama Perak , Yang lain anaknya bersekolah seperti biasa.


Dengan keluarga yang ramai abang Mohaman Hamidi tidak mampu menyediakan rumah yang sesuai dari segi bilik, bilik mandi serta tandas, wang pendapatannya hanya untuk membeli makanan seharian dan perbelanjaan sekolah anak nya. Beliau pernah memohon dari pihak yang berwajib tetapi tidak ada apa-apa jawapan dan tiada yang membantu.


Rayuan Sumbangan…


Sekiranya ada insan yang ingin membantu dari segi keperluan barang makanan atau pun kemudahan asas bagi membina bilik, bilik air dan tandas atau pun yang ingin membantu anaknya yang akan memasuki menara gading IPT, boleh lah menghubungi saya Jamaluddin Hassim melalui talian 019-5414673

jamaluddinbinhassim@yahoo.com.my

jamalhassim.blogspot


Semoga apa yang kita lakukan ini dirahmati ilahi…


RUMAH DIBAHAGIAN DAPUR

RUMAH DIBINA MENGUNAKAN KAYU BULAT AMBIL DARI HUTAN YANG BERHAMPIRAN


BILIK MANDI

Tandas yang di tutupi dengan kanvas usang

Tandas yang mampu disediakan

Sumbangan permulaan dari kakak Ros (Ummiku Sayang)

Sumbangan barang makanan


Tuesday, March 16, 2010

MISI SINAR HARAPAN







Makluman dari..Sanggar Suri www.eksekutifsuri.com

Misi Sinar Harapan:Tunaikan Harapan Mereka, Harapkan Keberkatan untuk Kita

Assalamualaikum

Pertamanya, syukur pada Allah swt kerana mempermudahkan usaha kami untuk menunaikan amanah ini. Syukur Alhamdulillah kerana sumbangan sahabat2 dapat disampaikan kepada mereka yang memerlukan. Kami tersangat gembira sehingga menitiskan air mata setiap kali melihat sumbangan sahabat2 membawa sinar kepada mereka.

Jutaan terima kasih atas sokongan berterusan sahabat2 semua. Tekadkan dalam hati agar kita istiqamah dan ikhlas, semoga dapat kita kongsi rezeki dan keselesaan hidup kita bersama mereka. Tiada apa yang diharapkan selain KEBERKATAN dan KEREDAAN-Nya.

Dengan ini kami akan teruskan perjuangan kami dengan menamakan misi kami sebagai "MISI SINAR HARAPAN: Tunaikan Harapan Mereka, Harapkan Keberkatan untuk Kita". Kumpulan kami terdiri drp segolongan sahabat yang disatukan melalui rangkaian maya-blog, laman sosial dan beberapa egroups serta orang perseorangan.
Pengantara : Eksekutifsuri.com dengan kerjasama Al-Jauhar & d'Redang.

Kami tidak terikat dengan mana2 fahaman politik, persatuan dan mana2 badan atau syarikat yang berkepentingan. Mengutamakan keikhlasan tanpa membebankan sukarelawan dan sedaya upaya meminimakan kerenah birokrasi dalam urusan mengagihkan sumbangan. Kami mengamalkan konsep turun padang-menyelidik dan melihat sendiri penderitaan mereka sambil mengumpul maklumat daripada komuniti terdekat dengan mereka.


Ikutilah kisah2 kehidupan golongan yang telah sahabat2 bantu untuk tunaikan harapan mereka melalui pengantara Eksekutifsuri yang kehidupan mereka kini semakin ceria dan selesa - di Blog:

Sanggar Suri www.eksekutifsuri.com
De'Redang http://jamalhassim.blogspot.com/
Al-Jauhar http://www.aljauhar2.blogspot.com/


MISI SINAR HARAPAN
dalam perancangan kami untuk masa terdekat:

1. Membaiki rumah ibu tunggal fakir miskin (warga tua) di Lenggong Perak untuk memudahkan pergerakannya ke dapur & tandas(masih menunggu maklumat lengkap) 2. Bantuan Basikal utk kanak-kanak miskin yang sekarang ini berjalan kaki berbatu-batu untuk ke sekolah (daerah Batu Kurau) 3. Bantuan utk pelajar miskin yang cemerlang utk membuat persiapan ke Universiti/Kolej (maklumat sedang dikumpulkan-sekiranya sahabat2 ada mengenali golongan ini harap dapat salurkan maklumat kepada kami)

Sekiranya sahabat2 ingin turut serta berkongsi rezeki & harapkan pahala drp Allah, bolehlah sertai kami. Sekiranya ada maklumat tentang golongan yang memerlukan bolehlah hubungi kami:

eksekutifsuri@yahoo.com.my 012-3614014
jamaluddinbinhassim@yahoo.com.my 019-5414673

Semoga Allah Mempermudahkan Usaha kita...amin..

Wassalam