"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Sunday, April 15, 2018

PROGRAM MENJELANG RAMADZAN & SYAWAL 1439H/ 2018M BANTUAN SUMBANGAN KEPADA INSAN YANG MEMERLUKAN



           De redang dan rakan-rakan seperjuangan meneruskan kerja-kerja kebajikan .....alhamdullilah program kebajikan akan diteruskan lagi untuk membantu, fakir miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim piatu & yatim, orang kurang upaya, orang-orang tua yang uzur dan miskin, mualaf serta keluarga yang berpendapatan rendah mempunyai anak-anak yang ramai bagi membantu serta merasai kehidupan yang selesa sempena menjelang menjelang Ramadzan 1439H/ 2018M  yang mulia tidak berapa lama lagi...kepada sahabat -sahabat yang ingin sama-sama menyertai program ini amat dialu-alukan...

Kepada Hamba-Hamba Allah Yang Budiman Ingin Bersama Menyertai Program Ini Serta Memberi Sumbangan..Boleh hubungi saya melalui talian

JAMALUDDIN BIN HASSIM
HP: 019-5414673

SYIAR RAMADZAN 1439H YANG DI RANCANG

PROGRAM 1 – Menbantu menyediakan juadah berbuka puasa 200  Bungkus Bubur Lambuk, diagihkan kepada kariah kampung selepas solat asar di masjid setiap hari dan membeli keperluan seperti , beras, gas memasak, bahan mentah kering & basah setiap hari bermula 1 Ramadzan sehingga 30 Ramadzan disepanjang bulan Ramadzan.  Bubur lambuk disediakan oleh saudara & sukarelawan.



Anggaran Kos :           RM 100.00 Sehari x 30 Hari Puasa     

                                      Jumlah            =          RM 3,000.00



PROGRAM 2 – Menjelang 1 Ramadzan Menganjurkan Majlis Tahlil Arwah Kepada Allahyarham Muslimin Dan Allahyarharmah Muslimat, Bagi Menyambut Ramadzan Al-Mubarak Semoga Roh-Roh Ditempatkan Digolongan Orang-Orang Yang Beriman….Anggaran Kos RM 7.00  X 100 Tetamu Berjumlah RM 700.00

PROGRAM 3 – Menjelang Ramadzan Memberi Sumbangan Buah Kurma Kepada 100 penduduk kampung, Keluaraga Miskin Yang Berpendapatan Rendah, Ibu Tuggal, Oku, Orang yang berpendapatan rendah bawah RM 700 Anggaran Kos 1 Kotak Kurma RM 10.00 X 100 Kotak Buah Kurma

Berjumlah RM 1,000.00

PROGRAM NO.4 – Di Awal Ramadzan Sumbangan Beras Dan Keperluan Dapur Bagi 100 Keluarga Fakir Miskin, Keluarga Berpendapatan Rendah, Anak Yatim Dan Juga Oku.
SENARAI KEPERLUAN MAKANAN YANG PERLU DISAMPAIKAN

BIL
SENARAI BARANG
KUANTITI
1.
BERAS 10 KG
2 BEG
2.
GULA PASIR
5 KG
3.
TEPUNG GAMDUM
5 KG
4.
SERBOK KOPI
2 PEKET
5.
SERBOK TEH
2 PEKET
6.
SUSU PEKAT
3 TIN
7.
MINYAK MASAK
1 BOTOL
8.
KORDIAL OREN/SIRAP
1 BOTOL
9.
BUAH KURMA
1 PEKET
8.
IKAN SARDIN
5 TIN KECIL
10.
BISKUT
1 PEKET
11.
KICAP
1 BOTOL
12.
CILI SOS
1 BOTOL
13.
SABUN BASUH
1 PEKET















Anggaran Kos RM 100.00 X 50 Keluarga  = RM5,000.00

PROGRAM 5 – Membantu Menyampaikan Beras Fidyah Mengantikan Puasa Yang Tertinggal Kepada Keluarga Miskin Yang Berpendapatan Rendah, Ibu Tunggal, Oku Dan Anak Yatim  Anggaran Kos: Mengikut Kehendak Sahabat-Sahabat  Yang Ingin Menyampaikan.

PROGRAM 6 - Sumbangan duit raya untuk membeli sepasang pakaian hari raya kepada anak-anak , bagi keluarga yang berpendapatan rendah serta miskin
Anggaran Kos:  Anggaran Kos RM 100.00 X 50 anak-anak  = RM 5,000.00


Ya Allah kami.....beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang
Apakah yang lebih kaya daripada laut ?

Saidina Ali menjawab : Hati yang Qanaah lebih kaya daripada lautan.



Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.
Semoga Kerja Kebaikan Yang Lakukan Diberkati Dan Dirahmati Ilahi .....Amin...ISYAALLAH...


Wednesday, January 24, 2018

ZIARAH UKHWAH MENCARI SAHAM AKHIRAT

Alhamdullilah...syukur kepada mu ya Allah..ziarah ukhwah...terimakasih sahabat akak yang budiman....semoga dimurahkan rezeki & dipermudahkan urusan dunia & akhirat.. tumpang cari saham akhirat..semoga amal kebaikan yg dilakukan dirahmati ilahi...


 
 



"Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka...

Monday, September 4, 2017

ALHAMDULLILAH QUBAN & AQIQAH 2017 TELAH DISEMPURNAKAN

De' Redang 1 Sep 2017M bersamaan 10 Zulhijah 1438H, Program bermulaselepas solat Jumaat  jam 3.00 petang, selesai sahaja akad dengan penyembelih dan ternakan di sembelih hujan turun dengan selebatnya...Alhamdullilah dengan izin yang maha Esa Ibadah Qurban & Aqiqah telah selamat disempurnakan, Atas usaha Qariah kampung serta sukarelawan yang ikhlas membantu kerja kerja ibadah qurban & aqiqah sebanyak 6 ekor lembu telah selamat di sempurnakan...syukur kepada mu ya Allah...Terima kasih juga kepada semua peserta ibadah dan hamba Allah yang budiman..


 Tadbir Raya & Doa Selamat



 Pelan Agihan Kerja & Nama Peserta

 Akad Wakil Peserta 



 


















Maksud Hadith;
“Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati”.
(at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Monday, July 3, 2017

PROGRAM IBADAH QURBAN & AQIQAH SIRI 9/2017M 1438H DE’ REDANG



PROGRAM IBADAH QURBAN & AQIQAH SIRI 9/2017M 1438H 
DE’ REDANG 

TUAN-PUAN SERTA SAHABAT YG BUDIMAN, PROGRAM QURBAN & AQIQAH 

             SIRI 9/2017M/1438H AKAN DIADAKAN PADA HARI RAYA HAJI INI 

TEMPAHAN BOLEH DIBUAT MULAI SEKARANG:

Satu PANGGU/ Bahagian RM 600.00 

 Seekor kambing RM 850.00 - Seekor Kambing 1 bahagian


 BUAT MASA KINI BINATANG TERNAKAN LEMBU DAN KAMBING

PERLU DIBUAT TEMPAHAN AWAL ....

 sms & wsp- 019-5414673

FB : https://www.facebook.com/jamaluddin.hassim

Emai:  jamal.hassim@yahoo.com


INFO LENGKAP LAYARI: jamalhassim.blogspot.com


Kepada Hamba-Hamba Allah Yang Budiman Ingin Bersama Menyertai Program Ini 
Terus Ke Akaun Saya May Bank: 158305195196
 JAMALUDDIN BIN HASSIM  
Sms & wsp- 019-5414673




 
Daging-daging Qurban dan Aqiqah akan diagihkan kepada fakir miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim serta keluarga yang berpendapatan rendah serta mempunyai anak-anak yang ramai kepada penduduk-penduduk  dan dihantar terus ke rumah.  Majlis kenduri tahlil juga akan diadakan selepas ibadah Qurban & Aqiqah..
Maksud Hadith;
“Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati”...(at-Tirmidzi dan Ibnu Maja



Saturday, May 27, 2017

PROGRAM SEPANJANG RAMADZAN & MENJELANG SYAWAL

De' Redang, Menjelang Aidil Fitri 2017



 Alhamdullilah, Syukur kepadamu ya Allah...
De' Redang 24 Jun 2017 menjelang Aidil fitri, seramai 52 fakir dapat di santuni...barang keperluan dapur seperti beras, minyak, gula , beras pulut kopi teh serta seekor ayam fresh & sekilo daging kerbau fresh dapat disumbang kan kepada 52 keluarga fakir yang terdiri dari Ibu tunggal, OKU, berpendapatan rendah yang mempunyai anak-anak yang ramai 
serta warga emas fakir...
Alhamdullilah....Syukur.....Semua amanah tuan puan serta rakan sahabat yang tuan memberi sumbangan telah saya sempurnakan bagi menjelang menjelang aidil fitri....saya berasa sungguh terharu atas kepercayaan yang diberikan , sedih...gembira untuk sama sama mencari saham akhirat.....



****************************************************************************



Program diteruskan sempena Ramadzan & Syawal 1438H/ 2017M  yang mulia tidak berapa lama lagi...kepada sahabat -sahabat yang ingin sama-sama menyertai program ini amat dialu-alukan...




Ya Allah Ya Tuhan kami.....Ampunlah dosa kedua ibu bapa kami, dosa -dosa kami , Sesungguhnya Engkaulah Maha Penyantun lagi Maha Penyayang lagi Maha Esa..permudahkanlah urusan kami utuk membantu insan insan yang memerlukan bagi kami mencari sedikit saham akhirat untuk kami sedeqahkan kepada ayah ibu kami...amin ya rabbal alamin...

Apakah yang lebih kaya daripada laut ?
Saidina Ali menjawab : Hati yang Qanaah lebih kaya daripada lautan.

Kepada Hamba-Hamba Allah Yang Budiman Ingin Bersama 
Menyertai Program Ini Serta Memberi Sumbangan

WSP: 019-5414673
&
FB:   https://www.facebook.com/jamaluddin.hassim

1.      DI SEPANJANG BULAN RAMADZAN & MENJELANG RAMDAZAN SUMBANGAN BERAS DAN KEPERLUAN DAPUR BAGI 100 KELUARGA FAKIR MISKIN, KELUARGA BERPENDAPATAN RENDAH BAWAH RM 700.00 YG MEPUNYAI TANGUNGAN YANG RAMAI, ANAK YATIM, IBU TUNGGAL DAN JUGA OKU. 


2.     MENJELANG SYAWAL MEMBANTU IBU TUNGGAL & ANAK YATIM ORANG TUA-TUA MEMBERI SUMBANGAN TELEKONG, KAIN PELIKAT,  KAIN BATIK UNTUK 50 ORANG.

  
3.     MENYAMPAIKAN SUMBANGAN DUIT RAYA RM 50.00  X  60 KEPADA PELAJAR, ANAK YATIM & ANAK ORANG MISKIN & SUSAH.


4.  MENYAMPAIKAN BAJU RAYA KEPADA 5 KELUARGA MISKIN YANG DIPILIH ANGGARAN 1 KELUARGA RM 300

Ya Rabbi kami.....beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyayang..yaallah Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.


Mudah-mudahan Allah memberi pahala atas apa yang engkau berikan, memberikan berakah atas apa yang masih ada di tanganmu dan menjadikannya sebagai pembersih bagimu.....