"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Saturday, May 25, 2013

MISI SINAR HARAPAN : MENARA GADING 2013 (MEI/JUN)

iNFO DARI...http://www.eksekutifsuri.blogspot.com/,......Alhamdulillah.. Jazakilahu khairan kathira atas sokongan sahabat Baya Wanchik. Hasil jualan amal dari https://www.facebook.com/pages/Fans-of-homegoods/251681851628260?fref=tsRM2000 telah diserahkan kpd wakil Sanggar Suri di Redang Panjang, Perak, En Jamaluddin Hassim pagi tadi. Anak akan mendaftar di Matrikulasi Kuantan  bertolak hari ini.

25 Mei 2013 - De Redang, Alhamdullilah bagi meneruskan kerja-kerja kebajikan, De Redang dengan kerjasama Kakak Elly dari http://www.eksekutifsuri.blogspot.com/, serta UkS Charity Team dan sahabat-sahabat yang budiman amanah yang diberi untuk menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar ke IPTA telah dapat disempurnakan:


1. ADIK NOR SHAMSIAH BINTI HASSAN BAKRI, NO. KP 950607-08-5856, DARI KG REDANG PANJANG BATU KURAU PERAK, STATUS IBU TIDAK BEKERJA, BAPA SEORANG SAHAJA BEKERJA DI LADANG DENGAN PENDAPATAN DIBAWAH RM 800.00 DENGAN MEMPUNYAI ANAK-ANAK YANG MASIH BERSEKOLAH SERAMAI ENAM ORANG KELUARGA INI KERAP KALI KITA BANTU, AWAL TAHUN YANG LALU KITA BANTU ADIKNYA MASUK MRSM DI PARIT BUNTAR, ADIK INI MEMANG ADE POTENSI UNTUK BERJAYA...... 

TAWARAN KE IPTA:
1 TAHUN 2 SEM, TARIKH LAPUR DIRI 27 MAY 2013, TARIKH BAPA HANTAR PADA 27 MAY 2013, JUMLAH PENDAFTARAN RM 500.00, ANGGARAN KOS LAPUR DIRI DAN PERBELAJAAN RM 300.00  JUMLAH RM 800.00

 Alhamdullilah sumbangan sebanyak RM 600.00 telah selamat di sempurnakan.Adik Nor Shamsiah berjanji akan belajar bersunguh-sunguh.." saya mengucapkan jutaan terimakasih semoga Allah S.W.T memberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki dan permudahkan urusan kepada insan yang budiman...

************************************************

2. ADIK MOHAMAD FARIS BIN MOHAMAD YUSOF, NO. KP: 95071601-7633, DARI KG REDANG PANJANG BATU KURAU PERAK, STATUS IBU ADALAH TUNGGAL DAN MEMPUNYAI 2 ORANG ADIK BERADIK, PEKERJAAN IBU ADALAH KERJA KILANG PENDAPATAN SEBULAN RM 600.00 BAGI MENYARA KELUARGA, UNTUK MAKLUMAN KELUARGA INI KERAP KALI KITA BANTU, TAHUN LEPAS ABANGNYA MASUK KE IPTA KITA BANTU.... 

TAWARAN KE IPTA:
1 TAHUN 2 SEM, TARIKH LAPUR DIRI 27 MAY 2013, TARIKH IBU HANTAR PADA 27 MAY 2013, JUMLAH PENDAFTARAN RM 500.00, ANGGARAN KOS LAPUR DIRI DAN PERBELAJAAN RM 300.00  JUMLAH RM 800.00

 Alhamdullilah sumbangan sebanyak RM 600.00 telah selamat di sempurnakan.Adik Mohamad Faris ..." saya ucapkan terimakasih kepada Hamba Allah yang telah  bersunguh-sunguh menyedekahkan wang kepada saya untuk menyambung pelajaran saya, Saya telah menerima wang sebanyak RM 600.00...Isyaallah saya akan belajar bersunguh-sunguh... Jazzakallah khairan khatira.....

***********************************************
BAGI ADIK NURUL ASYIQIN  PENYAMPAIAN SUMBANGAN  RM800.00 AKAN DI SEMPURNAKAN... ISYALLAH PADA HARI SELAS 28 MAY 2013 KEPADA IBUNYA KERANA  ADIK NURUL ASYIQIN TELAH BERTOLAK KE KUANTAN PADA PAGI 25 MAY YANG LALU..ISYALLAH..

3. ADIK NURUL ASYIQIN BINTI MOHD SHAFIE, NO. KP : 950305-08-5850,DARI REDANG PANJANG BT. KURAU PERAK, BAPA BEKAS PESARA TENTERA (KAKI KUDUNG SEBELAH - OKU) DISEBABKAN KAKI TERKENA JERANGKAP SAMAR (BOM)SEMASA BERTUGAS DIDALAM ATM , PENCEN BAPA RM 916.00 DAN TIADA PENDAPATAN LAIN, IBU SURI RUMAH SEPENUH MASA, BUAT JUALAN KECIL-KECILAN JUAL AISKRIM MALAYSIA...ADIK BERADIK 3 ORANG MASIH TIDAK BEKERJA,

TAWARAN KE IPTA:

KOLEJ MATRIKULASI KUANTAN PAHANG,JURUSAN SAINS, SELAMA 2 TAHUN 4 SEM, TARIKH LAPUR DIRI 27 MAY 2013, TARIKH IBUBAPA HANTAR PADA 26 MAY 2013, JUMLAH PENDAFTARAN RM 550.00, ANGGARAN KOS LAPUR DIRI DAN PERBELAJAAN RM 500.00  JUMLAH RM 1,050.00...

UPDATE 28 MAY 2013 SELASA 10.00 MALAM


ALHAMDULLIAH...MISI IPTA...Alhamdullilah bersyukur kehadrat ilahi... sumbangan kepada ibu adik nurul asyiqin yang telah pun mendaftar di Kolej matrikulasi Kuantan, sebanyak RM 800.00 telah selamat disempurnakan, Ibu kepada adi nurul asyiiqin mengucapkan jutaan terimakasih kepada penderma-penderma yang budiman....dengan sumbangan yang diberikan dapat meringankan sikit keuwanganya dan suaminya yang OKU kaki dipotong semasa perkhidmatan dalam ATM,   "Saya mendoakan semoga sahabat-sahabat yang budiman yang membantu anak saya sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.....Jazzakallah khairan khatira.....

Bukan semua rezeki kita miliki kita kecapi nikmat di dunia. 
Jom rasakan nikmat di akhirat dengan menginfaqkan ke jalan Allah...

 Saya mendoakan semoga pengunjung blog De Redang dan para sahabat yang budiman serta keluarga  Sihat Walafiat Di Panjangkan Usia, Dimurahkan Rezeki Aman Damai Bersama Keluarga Tersayang...Semoga Kerja Kebaikan Yang Lakukan Diberkati Dan Dirahmati Ilahi .....Amin..

Jazakallah Khairan Khatira...



Sunday, May 5, 2013

Salam Alaik....


ALHAMDULLILAH KITA BARU SELESAI MELAKSANAKAN TANGUNG JAWAB PRU 13.....

MARILAH KITA HAYATI SEBUAH HADIS MUSLIM ATAS HAK MUSLIM ITU ADA TIGA PULUH, SESEORANG MUSLIM TIDAK TERLEPAS DARIPADANYA KECUALI DENGAN MENUNAIKANYA ATAU MEMAAFKANYA:

ANTARANYA:

1. Memberi salam bila bertemu dan menjawabnya.
2. Ucap Alhamdullilah bila bersin.
3. Beri nasihat terbaik jika diminta.
4. Menunaikan jemputan.
5. Melawatnya bila sakit.
6. Menghantar jenazah.

.....Ali Bin Abi Thalib....

Tuesday, April 30, 2013

SELAMAT HARI PEKERJA 1 Mei 2013


Assalamualaikum ...sahabat-sahabat ku yang budiman , Sempena 1 Mei 2013 HARI PEKERJA, saya mendokan sahabat-sahabat sihat walafiat , dimurahkan rezeki aman damai serta dapat menjalankan ibadah seharian dengan sempurna....Semoga kerja yang kita lakukan diberkati dan dirahmati ilahi.....

Sunday, March 31, 2013

Assalamualaikum .....


"Ya Allah Panjangkanlah Umur Kami Dalam Mentaati-Mu, Dan Mentaati Utusan-Mu Serta Jadikanlah Kami Hamba-Hamba-Mu Yang Saleh...Rasullullah S.A.W bersabda Allah S.W.T sentiasa menolong hambanya selagi hambanya menolong saudara-saudaranya..........Bukhari....
 Saidina Ali KarramAllahhu Wajhah menjawab                                           7 pertanyaan dengan penuh hikmah”
1- Apakah yang lebih berat daripada langit ?
Saidina Ali menjawab : Tuduhan palsu / Berdusta lebih berat daripada langit.

2- Apakah yang lebih luas daripada bumi ?
Saidina Ali menjawab :Kebenaran lebih luas daripada bumi.

3- Apakah yang lebih kaya daripada laut ?
Saidina Ali menjawab : Hati yang Qanaah lebih kaya daripada lautan.

4- Apakah yang lebih keras daripada bartu ?
Saidina Ali menjawab :Hati orang munafiq lebih keras daripada batu.

5- Apakah yang lebih panas daripada api ?
Saidina Ali menjawab : Penguasa yang zalim lebih panas daripada api.

6-  Apakah yang lebih sejuk daripada Zamharir ( Neraka yang paling dingin ) ?
Saidina Ali menjawab :Berhajat kepada orang yang bakhil lebih sejuk / dingin daripada Zamharir.

7- Apakah yang lebih pahit daripada racun ?
Saidina Ali menjawab : Sabar lebih pahit daripada racun  (pada riwayat yang lain) Mengadu domba lebih pahit daripada racun.

   Saya mendoakan semoga pengunjung blog De Redang dan para sahabat yang budiman serta keluarga  Sihat Walafiat Di Panjangkan Usia, Dimurahkan Rezeki Aman Damai Bersama Keluarga Tersayang...Semoga Kerja Kebaikan Yang Lakukan Diberkati Dan Dirahmati Ilahi .....Amin...

Sunday, February 10, 2013

SINAR HARAPAN:PROGRAM MALIDUR RASUL 1434H/2013H




10 Feb 2013 Ahad De'Redang....Alhamdulillah..Bersyukur Kepada Ilahi Atas Sokongan  Sahabat-Sahabat Dan Hamba - Hamba Yang Budiman serta sukarelawan yang mulia, De Redang bersama rakan Eksekutif Suri dan rakan-rakan seperjuangan memulakan kerja-kerja kebajikan  pada tahun 2013, Program kebajikan yang dirancang kan telah selamat disempurnakan kepada fakir miskin, anak yatim, Ibu tunggal dan  keluarga yang berpendapatan rendah, OKU sempena Malidur Rasul 1434/2013. 


Kehadiran tetamu melebihi 300 orang bagi sama-sama berdoa, berselawat serta menghayati pendengaran berkaitan Khutbah terakhir Nabi Muhammad sebelum baginda wafat  dan  pengisian ilmu ceramah dari Ust. Ahmad Baktier dari Sek. Men. Redang Panjang bertajuk " Rasullah Ikutan Kami", 
Para tetamu mengaminkan doa, Ya Allah, Kami Memohon Kepada Mu Supaya Sahabat –Sahabat Yang Budiman Dan Bermurah Hati  Memberi Sumbangan Kepada Kami Bagi Mengadakan Program Yang Beraqah Ini Supaya Sihat Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dipermudahkan Urusan Seharian Mereka..
Ucapan terimakasih kepada semua yang terlibat bagi program ini , semoga kerja amal kebajikan kita diberkati dandirahmati ilahi...



























Ya Allah..
Tetapkanlah Hati Kami, Perluaskanlah Rezeki, Dekatkanlah
Hati Kami Kepada Kebaikan, Jauhkanlah Hatinya Pada Kejahatan, Tunaikanlah
Hajat Baik Hajat Dalam Agama,Dunia Dan Akhirat...

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya (dalam masa susah dan senang).” (Al-Ahzab: 21)Mudah-mudahan kita semua diberi rahmat dan keampunan daripada Allah s.w.t.......wassallam....




Monday, February 4, 2013

PROGRAM MALIDUR RASUL 2013M/1434H


PROGRAM SAMBUTAN MALIDUR RASUL 2013M/1434 H

BERTEMPAT : DE’REDANG (RUMAH EN. JAMALUDDIN)
LOT 6540 KAMPUNG TERSUSUN REDANG PANJANG, BATU KURAU 34510 TAIPING PERAK

PADA : 10 FEB 2013 HARI : AHAD JAM : 2.00 PETANG

ATURCARA MAJLIS
2.00 Petang         -              Tetamu Berkumpul
2.45 Petang         -              Program Bermula Oleh Pengacara Majlis
S/S           -              Ucapan Oleh Penyelaras Program
S/S           -              Nasyid Oleh Pelajar Sekolah Agama rakyat Sg. Limau
S/S           -            Taszkirah, Doa Selamat & Salawat Oleh Ustaz  Ahmad Baktier Muslim 
                             (Guru Agama Sek Men. Redang Panjang)
S/S           -              Ucapan Dari Wakil Sahabat-Sahabat Yang Budiman
S/S           -              Jamuan Ringan Diringi dengan Nasyid Oleh Pelajar Sekolah Agama rakyat Sg. Limau
S/S           -              Penyampaian Sumbangan Kepada Fakir Miskin
S/S           -              Majlis Selesai
Saya Mewakili Sahabat-Sahabat Yang Budiman Mengucapkan Jutaan Terimakasih Kepada Tuan Puan Yang Hadir Bagi Menjayakan Program Ini  Semoga Tuan Puan Sihat Walafiat Di Panjangkan Usia, Dimurahkan Rezeki Aman Damai Bersama Keluarga Tersayang
 PENGANJUR BERSAMA
DE’ REDANG (jamalhassim.blogspot.com)
Kakak ELLY dari Eksekutifsuri – (sanggarsuri.blogspot.com)
Sahabat-Sahabat Yang Budiman
Sukarelawan Yang Mulia



Apakah yang lebih kaya daripada laut ?
Saidina Ali menjawab : Hati yang Qanaah lebih kaya daripada lautan