"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Friday, May 13, 2011

Misi Sinar Harapan: Dana ke Menara Gading 2011

UP DATE PADA 17 MEI 2011

Alhamdullilah misi sinar harapan dapat membantu seorang lagi adik Siti Zaleha Bt Abdul Hamid
yang berasal dari Bagan Baru Selama Perak, anak sulung dari 6 beradik, bapanya seorang petani dan bekerja kampung, pendapatan dibawah paras RM 500.00, Adik Siti Zaleha mendapat tawaran di IPT Kolej Matrikulasi Gambang Pahang, didalam jurusan Sains, dan akan melapur pada 23 Mei 2011, sumbangan telah pun selamat dilakukan pada 17 Mei 2011 dirumahnya berjumlah RM 925.00 termasuk yuran....Disini saya dan juga keluarga adik Siti Zaleha mengucapkan jutaan terimakasih kepada kakak Elly dari Sanggar Suri http://www.eksekutifsuri.blogspot.com/ sahabat-sahabat yang dermawan kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menyampaikan dana wang kepada adik Siti Zaleha...



Keluarga adik Siti Zaleha

***************************************************************************



PENERIMA SUMBANGAN KE IPT

13 Mei 2011- De'Redang...Disini saya mengucapkan jutaan terimakasih kepada kakak Elly dari Sanggar Suri http://www.eksekutifsuri.blogspot.com/ sahabat-sahabat yang dermawan kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menyampaikan dana wang kepada adik-adik yang cemerlang ke Menara Gading:


NAMA PELAJAR

TEMPAT

STATUS

TAWARAN TARIKH

JUMLAH SUMBANGAN

KHALIJAH GAYAH BT ANANG

KUBU GAJAH SELAMA PERAK

ANAK YATIM

PENDAPATAN IBU BAWAH RM 450.00

DIPLOMA SISTEM MAKLUMAT UITM ARAU PERLIS

21 MEI 2011

13 Mei

RM 500.00

&

14 Mei

YURAN

RM 543.00

INTAN SYAKHIRAH BT SHAMSHUL BAHARI

SUNGAI LEMPUNG SELAMA PERAK

KELUARGA MISKIN

PENDAPATAN BAPA BAWAH RM 600.00

DIPLOMA SAINS UITM ARAU PERLIS

22 MEI 2011

13 Mei

RM 500.00

&

14 Mei

YURAN

RM 653.00


SITI NUR FATEN BT SUDIN

SELAMA PERAK

KELUARGA MISKIN

PENDAPATAN BAPA BAWAH RM 600.00

JURUSAN SAINS KOLEJ MATRIKULASI KAMPAR PERAK

23 MEI 2011

13 Mei

RM 500.00

&

14 Mei

YURAN

RM 420.00



ALHAMDULLILAH PENYAMPAIAN TELAH SELAMAT DIADAKAN PADA 13 & 14 MEI 2011



KHALIJAH GAYAH BT ANANG



INTAN SYAKHIRAH BT SHAMSHUL BAHARI




SITI NUR FATEN BT SUDIN


BERSAMA KELUARGA


Sehubungan dengan itu ucapan terimakasih kepada penderma – penderma yang budiman, Adik-adik dan keluarga mereka bershukur kehadrat ilahi kerana ada insan yang mulia didunia in yang perihatin, mereka berkali-kali mengucapkan terimakasih, terimakasih, terimaksih dan mendoakan tuan-tuan yang budiman serta sukarelawan yang membantu sihat walafiat dan dimurahkan rezeki serta sentiasa dirahmati ilahi....jasa tuan-& puan kami hargai dan akan menjadi tauladan kepada kami semua....adik-adi bertiga ini menangis dalam kegembiraan kerana pertolongan yang diberi ......


Tujuan murni misi ini adalah untuk membantu adik- adik berkenaan serta keluaraga mereka bagi meringankan beban mereka serta persediaan ke IPT pada bulan ini, mereka telah berjanji akan mengunakan wang yang berkenaan sebaik mungkin bagi keperluan ke IPT serta akan belajar bersunguh-sunguh untuk berjaya dimasa hadapan........kami hanya membantu insan yang memerlukan....


Saya mendoakan apa yang kita lakukan ini diberkati oleh Allah yang maha esa..


Ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan sama ada yang kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, kurniakan kami nikmat dan rahmat yang berpanjangan, tubuh badan yang sihat, akal fikiran yang sejahtera, semangat yang membara bagi mempertingkatkan kualiti kerja.

Ya Allah, kami mohon perlindunganMu dari segala keburukan, hasad dengki dan iri hati, sama ada kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, ya Allah, lembutkan dan satukanlah jiwa-jiwa hambaMu ini, agar wujud kesepakatan dan kesefahaman antara kami, bagi menunaikan tugas yang diamanahkan, dengan lebih berkesan, meneruskan khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara..

...........................................................................................

Sekiranya ada insan yang ingin membantu dan memberi sumbangan bagi membantu fakir miskin dan orang yang kurang berkemampuan, bolehlah menghubungi saya Jamaluddin Hassim melalui talian 019-5414673 saya sedia membantu...

EMAIL : jamaluddinbinhassim@yahoo.com

Blogspot De’redang : jamalhassim.blogspot


Untuk Sumbangan: Maybank 158305195196 JAMALUDDIN HASSIM


Semoga Apa Yang Kita Lakukan Ini Dirahmati Ilahi…


Apabila Kamu Merasa Letih Kerana Berbuat Kebajikan Maka Sesunguhnya Keletihan Itu Akan Hilang Dan Kebaikan Yang Dilakukan Akan Terus Kekal.......Dan Sekiranya Kamu Berseronok Dengan Dosa Maka Sesunguhnya Keseronokan Itu Akan Hilang Dan Dosa Yang Dilakukan Akan Terus Kekal...

Saidina Ali R.A.


Tuesday, May 3, 2011

SINAR HARAPAN: SUMBANGAN KEMISKINAN WARGA EMAS UZUR


MAKLUMAT SINAR HARAPAN

Makcik Mesah Bt Ismail berumur 72 tahun, seorang warga emas yang menghidapi penyakit jantung dan kini lumpuh sebelah badan terlantar dirumah tinggal di Lot 6406 Kg. Tersusun Redang Panjang, bersama suami warga emas Pakcik Awang Kechik Bin Man berumur 76 tahun.

Makcik Mesah dan Pakcik Awang adalah fakir miskin yang mempunyai pendapatan yang tidak tetap, hasil dari kerja-kerja buruh kampung seperti menebas ,meracun dan kerja – kerja ladang yang dilakukan oleh suaminya warga emas. Jumlah pendapatan didalam sehari adalah RM 25.00 didalam sebulan paling banyak Pakcik Awang boleh bekerja lebih kurang 15 hari pedapatan didalam sebulan lebih kurang RM 375.00. Dengan usia emas dan sisa kudrat suami Makcik Mesah masih melakukan kerja-kerja bagi mencari rezeki bagi membeli makanan seharian. Warga emas ini tidak mendapat apa-apa bantuan keuwangan, melainkan sumbangan dari pada sahabat-sahabat yang budiman, warga emas ini mempunyai 5 orang anak yang telah mempunyai keluarga dan mempunyai tangungan yang ramai. Anak-anak nya ada juga membantu sekadar mampu sahaja.

RUMAH WARGA EMAS INI & KENDERAAN YG DIGUNAKAN ..


MISI SINAR HARAPAN

Bagi membantu dan meringankan beban Makcik Mesah yang menghidapi penyakit jantung dan kini lumpuh sebelah badan, Alhamdullilah buat masa kini seorang sahabat yang budiman telah bermurahati dengan memberi sumbangan, dapatlah membeli sebuah kerusi roda terpakai dan juga keperluan dapur, sumbangan telah disampaikan pada 3 May 2011 di rumah warga emas ini....


RAYUAN SUMBANGAN…

Sekiranya ada insan yang ingin membantu dan memberi sumbangan bagi membantu warga emas ini membeli keperluan seharian dan juga lampin pakai buang, bolehlah menghubungi saya Jamaluddin Hassim melalui talian 019-5414673

EMAIL : jamaluddinbinhassim@yahoo.com

Blogspot De’redang : jamalhassim.blogspot


Untuk Sumbangan: Maybank 158305195196 JAMALUDDIN HASSIM

Semoga Apa Yang Kita Lakukan Ini Dirahmati Ilahi…

Apabila Kamu Merasa Letih Kerana Berbuat Kebajikan Maka Sesunguhnya Keletihan Itu Akan Hilang Dan Kebaikan Yang Dilakukan Akan Terus Kekal.......Dan Sekiranya Kamu Berseronok Dengan Dosa Maka Sesunguhnya Keseronokan Itu Akan Hilang Dan Dosa Yang Dilakukan Akan Terus Kekal...

Saidina Ali R.A.


Saturday, April 30, 2011

SINAR HARAPAN : SUMBANGAN KEMISKINAN.....

28 APR 2011- Sumbangan kemiskinan kepada fakir miskin, ibu tunggal, OKU, anak-anak yatim dan kepada keluarga yang berpendapatan rendah yang mempunyai tangungan keluarga yang ramai serta orang tua-tua yang mengaji pondok.

Sumbangan diagihkan kepada hampir 154 keluarga di 10 kampung di kawasan yang berhampiran dangan De' Redang.

Ucapan penghargaan terimakasih kepada sahabat tuan penderma yang budiman, saya serta penerima sumbangan bersyukur kehadrat ilahi dan mendoakan supaya sahabat tuan yang budiman sihat walafiat dapat menjalankan kerja dengan baik dan dimurahkan rezeki ..semoga Allah SWT memberi ganjaran yang besar disisinya dengan amal jariah yang sahabat buat selama ini. Kami mendoakan agar sahabat tuan yang budiman sentiasa diberkati dan dirahmati, semoga sumbangan yang diberikan mendapat keberkatan ilahi.....Ucapan terimakasih juga kepada sukarelawan yang membantu...semoga apa yang kita lakukan diredzai ilahi.....













Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya, Daripada banyak yang memudaratkan
Berkat di dunia oh indah nikmatnya , Berkat di akhirat balasannya syurga


....Jutaan terimakasih kepada kakak-kakak yang memberi tunjuk ajar bagi membantu yang memerlukan terutama...rangkaian bersama......
Kakak Siti Fadzilah & Suami: http://aljauhar2.blogspot.com
&
Kakak Elly & Suami : Sanggar Suri http://www.eksekutifsuri.blogspot.com




Saturday, April 9, 2011

SINAR HARAPAN: SUMBANGAN SUSU RAUDAH



PROJEK TABUNG SUSU UNTUK ANAK YATIM & FAKIR MISKIN anjuran Eksekutifsuri.com dengan kerjasama rakan2 bloggers & egroups terutama drp UmmikuSayang Charity Team, Al-Jauhar & De' Redang bagi mengumpul dana bagi membiayai kos pembelian susu untuk anak-anak kecil di kalangan keluarga miskin dan rumah2 anak yatim & fakir miskin keluarga yang berpendapatan rendah anak yang ramai, agar bekalan susu dapat disediakan secara tetap setiap bulan. Projek ini bermula bulan Oktober 2009.

Alhamdulillah proses penyerahan untuk bulan Mac pada 8 Mac 2011 & Apr pada 9 Apr 2011 Ucapan penghargaan terimakasih kepada semua yang budiman serta yang memberi sumbangan...semoga apa yang kita lakukan diberkati ilahi.........


COPY DARI BLOG RAKAN SEPERJUANGAN
Sanggar Suri http://www.eksekutifsuri.blogspot.com

Alhamdulillah proses penyerahan untuk setiap bulan dapat diselesaikan walaupun terdapat beberapa halangan dan kami terpaksa membeli susu secara berperingkat mengikut dana yang ada. Akibat kutipan dana yang tidak tetap setiap bulan, proses penghantaran susu juga terjejas.

Namun kami berharap tahun ini, iaitu tahun 2011 Projek Tabung Susu ini akan berjalan lancar. Kami akan berusaha memastikan proses penyerahan dapat dijalankan pada setiap bulan. Sekiranya dana tidak mencukupi kami akan berusaha mendapatkan dana daripada sumber lain termasuk simpanan Tabung Suri (rujuk http://www.eksekutifsuri.com/).

SUMBANGAN
Diharap para penderma sudi memberikan sokongan berterusan agar anak2 ini mendapat bekalan susu setiap bulan.


Sahabat boleh membantu dengan cara:



  1. Menjadi penyumbang tetap **RM74/anak yatim & miskin setiap bulan untuk sumbangan 4 paket susu untuk seorang anak yatim/miskin.

  2. Sedekah seikhlas yang mampu ke dlm Tabung Susu yang akan dikumpulkan untuk menampung **kos pembelian.

  3. Membeli sambil beramal-setiap susu tepung penuh krim Halib's (dulu dikenali sebagai Raudhah) yang dijual dengan harga RM22.90(WM)/RM24.90(EM) dan RM1 bagi setiap pembelian akan disalurkan ke dalam Tabung Susu untuk Anak Yatim & Fakir Miskin (Maklumat Susu HALIB's - http://www.eksekutifsuri.com/).
(**Anggaran kos pembelian, termasuk kos pengurusan & penghantaran).

Sumbangan boleh disalurkan ke Tabung Susu melalui akaun :

MAYBANK 164192049410 AHMAD NIZAM B AHMAD SHAFIEI

***akaun ini dikhaskan utk Tabung Susu utk Anak Yatim & Fakir Miskin
emailkan slip pembayaran ke anas702005@yahoo.com untuk rekod.

Maklumat lanjut: Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my

Jutaan Terima kasih pada semua yang menghulurkan sokongan, sama ada yang menderma dengan harta mereka atau yang memberi sokongan moral, masa & tenaga serta menaruh kepercayaan kepada kami .

Semoga Allah Memberkati Rezeki & Usaha kita..amin