"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Friday, February 4, 2011

SKM PPT

SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA

melalui program

PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (SKM-PPT)




Persijilan melalui PPT adalah merupakan satu kaedah penilaian terhadap calon untuk mendapatkan pengiktirafan bagi keterampilan berdasarkan bukti-bukti pencapaian terdahulu.

Objektif:


Mengiktirafkan keterampilan yang sedia ada pada seseorang individu dengan memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia- SKM Tahap 1, 2 & 3, Tahap 4 (Diploma Kemahiran Malaysia) dan Tahap 5 (Diploma Lanjutan Kemahiran malaysia).


Kaedah:

  • Calon tidak perlu mengikuti latihan dan ujian khas.
  • Calon hanya perlu memberi bukti keterampilan dalam bentuk dokumen untuk dinilai seperti surat pendaftaran perniagaan (SSM), surat pengesahan majikan atau pun komuniti atau pun sijil-sijil dari jabatan/ejensi atau pun sebarang bukti bagi bidang kemahiran yang dimiliki.

Kelebihan SKM

  • Mendapat pengiktirafan dari JPK Kementerian Sumber manusia
  • SKM diperolehi dalam masa yang singkat (3 bulan selepas mendaftar)
  • Sebagai satu dokumen penting didalam Kemahiran untuk individu
  • Mendapat menyumbang kearah pembangunan kerjaya dan industri
  • Motivasi untuk meningkatkan kelayakan
  • Pembelajaran sepanjang hayat

Siapakah yang dimaksudkan calon SKM –PPT

Sesiapa sahaja yang mempunyai salah satu kemahiran berikut:

a. Pengalaman kerja

b. Pengalaman hidup

c. Pengalaman Vokasional

· SKM Tahap 1 - 6 bulan keatas - RM 300.00

· SKM Tahap 2 - 1 Tahun keatas - RM 300.00

· SKM Tahap 3 - 2 Tahun keatas - RM 300.00

· SKM Tahap 4 - 3 Tahun keatas - RM 300.00

· SKM Tahap 5 - 5 Tahun keatas - RM 300.00

Bagi tahap 1, 2 & 3 boleh ambil serentak berpandukan bukti ketrampilan dan pengalaman seperti diatas, bagi tahap 4 (DKM & tahap 5 (DLKM) boleh ambil serentak berpandukan bukti ketrampilan dan pengalaman seperti diatas.

JANGAN BUAT SEBARANG BAYARAN kepada Pegawai Penilai (PP-PPT) yang datang menemui anda. Bila anda sudah yakin dan faham penerangan yang telah diberikan oleh Pegawai Penilai (PP-PPT) anda memenuhi semua syarat dan mampu mengumpulkan bahan bukti dan menjalankan aktiviti membangunkan fail portfolio , baru buat bayaran kepada

KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

dalam bentuk Bank Deraf



HUBUNGI SAYA

PP-PPT
EN. JAMALUDDIN BIN HASSIM
HP : 0195414673
EMAIL : jamaluddinbinhassim@yahoo.com

Terutama Sektor : Perhotelan, Jahitan Pakaian Wanita / Lelaki & VTO




Monday, January 17, 2011

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL ARWAH


Pada hari Sabtu 15 Jan 2011 yang lalu telah berlangsungnya majlis tahlil arwah hajat seorang sahabat yang budiman...di Surau Pusat Taafiz Darul Taalim Sungai Limau Selama Perak...

Majlis dimulakan selepas solat fardzu Maghrib diketuai oleh Ust. Ahmed Baktier diikuti dengan bacaan yassin dan tahlil, semua ahli ahli jemaah memohon mendoakan keatas roh sanak saudara sahabat yang budiman serta muslimin dan muslimat yang telah kembali kerahmatullah diberi keampunan dari Allah s.w.t. InsyaAllah. Justeru itu marilah sama kita menyedekahkan bacaan Al-Fatehah keatas arwah berkenaan. Al-Fatehah...Ucapan terima kasih....semoga apa yang kita lakukan diberkati ilahi.....amin..



(Bagi jemaah wanita tidak nampak kerana berada di belakang langsir hijau)

BACK TO SCHOOL & SUMBANGAN SUSU RAUDAH

BACK TO SCHOOL
ALHAMDULLILAH BERSHUKUR SAYA DAN SAHABAT-SAHABAT SEPERJUANGAN KEHADRAT ILAHI... KERANA SUMBANGAN BACK TO SCHOOL DITERUSKAN LAGI WALAU PUN MUSIM PERSEKOLAHAN TELAH BERMULA, MASIH ADA HAMBA ALLAH YANG BUDIMAN MEMBERI SUMBANGAN....AGIHAN TELAH DISEMPURNAKAN PADA 15 JAN 2011 KEPADA ADIK-ADIK YANG IBUBAPANYA BERPENDAPATAN DIBAWAH RM 700.00....UCAPAN TERIMAKASIH KEPADA YANG BUDIMAN....
Ya Allah, bantulah kami supaya sentiasa mengingati-Mu dan sentiasa bersyukur kepada-Mu serta sempurna dalam melakukan ibadat kepada-Mu.....

***************************************

SUMBANGAN SUSU RAUDAH



Projek tabung susu Raudah di teruskan lagi atas usahasama Kakak Elly Eksekutifsuri dengan kerjasama sahabat2 diteruskan bagi mengumpul dana bagi membiayai kos pembelian susu untuk anak-anak kecil
fakir miskin setiap bulan.
Alhamdulillah proses penyerahan pada 16 & 17 Jan 2011..Ucapan penghargaan terimakasih kepada semua yang budiman serta yang memberi sumbangan...semoga apa yang kita lakukan diberkati ilahi.....



Carilah ilmu kerana perolehannya ialah serupa dengan bertakwa kepada Allah,mencarinya serupa dengan beribadah ,mempelajarinya serupa dengan bertasbih,menyelidikinya serupa dengan berjihad,mengajarnya kepada yang tidak tahu serupa dengan sedekah,memberitahu kepada mereka yang layak ialah beramal soleh.Juga ia adalah kawan kepada yang merasa keseorangan,sahabat semasa kesunyian ,petunjuk kepada agama,penghibur kepada kegembiraan dan kesedihan ,penolong kepada keseorangan ,saudara antara orang yang tidak dikenali dan lampu isyarat di jalan menuju syurga
(Riwayat Muaz bin Jabal)



Thursday, December 30, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011




SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2011....BAGI SEMUA PENGUNJUNG BLOG DE'REDANG
SAYA DAN KELUARGA MENDOAKAN..HAMBA-HAMBA ALLAH YANG BUDIMAN MENDAPAT KESEJAHTERAAN SIHAT WALAFIAT SERTA DAPAT MENJALANKAN TUGASAN DAN IBADAH DENGAN SEMPURNA SERTA MENDAPAT KEREDZAAN DAN KEBERKATAN ILAHI.....

Monday, December 27, 2010

SINAR HARAPAN: KEMBALI KESEKOLAH (BACK TO SCHOOL)



PROGRAM SUMBANGAN BANTUAN PERSIAPAN SEKOLAH SESI 2011
(BACK TO SCHOOL)
TELAH SELAMAT DISEMPURNAKAN, SERAMAI 30 PELAJAR TELAH DIBERI SUMBANGAN ....

UCAPAN PENGHARGAAN TERIMAKASIH....

ALHAMDULLILAH....PADA TAHUN INI DENGAN PERTOLONGAN DAN KEREDZAAN..ILAHI YANG MAHA MENGETAHUI...DE'REDANG
DENGAN KERJASAMA SAHABAT-SAHABAT SEPERJUANGAN KAKAK ELLY (EKSEKUTIF SURI.BLOGSPOT & KAKAK USTAZAH SITI FADZILAH ( AL-JAUHAR.BLOG SPOT) SERTA SAHABAT-SAHABAT YANG BUDIMAN DIDALAM DAN DILUAR NEGARA....
SEMOGA APA AYANG KITA LAKUKAN DIRAHMATI ILAHI......

Orang yang bersedekah, menderma dan menginfak harta semata-mata kerana Allah SWT akan menerima ganjaran besar di akhirat nanti. Firman Allah SWT, dalam surah al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud, Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan......






Saturday, November 20, 2010

PROGRAM KEMBALI KESEKOLAH (BACK TO SCHOOL)


......ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.....

ALHAMDULLILAH.. PADA TAHUN INI 2010 BANYAK PROGRAM-PROGRAM KEBAJIKAN YANG TELAH DIJALANKAN DENGAN PERTOLONGAN DAN KEREDZAAN..ILAHI YANG MAHA MENGETAHUI... SERTA SAHABAT-SAHABAT PERJUANGAN, KAKAK SITI FADZILAH (AL-JAUHAR.BLOGSPOT)& KAKAK ELLY (EKSEKUTIF SURI.BLOGSPOT) SERTA SAHABAT-SAHABAT YANG BUDIMAN DAN JUGA SUKARELAWAN-SUKARELAWAN ...SEBAGAI MENUTUP PROGRAM PADA TAHUN INI 2010, AKAN MENGADAKAN :

"PROGRAM KEMBALI KESEKOLAH SESI 2011"

(BACK TO SCHOOL)

TUJUAN PROGRAM INI DIADAKAN BAGI PERSIAPAN ANAK-ANAK YATIM & FAKIR MISKIN, KELUARGA BERPENDAPATAN DIBAWAH PARAS KEMISKINAN YANG MEMPUNYAI ANAK-ANAK YANG RAMAI YANG TERPILIH.ISYAALAH SEKIRANAYA ADA REZEKI DIADAKAN PADA PENGHUJUNG BULAN DIS 2010.

SENARAI PERALATAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

PELAJAR PEREMPUAN

1. BAJU KURUNG - 1 HELAI
2. KAIN BIRU JOHOR - 1 HELAI
3. KAIN TUDUNG - 1 HELAI
4. ANAK TUDUNG - 1 HELAI
5. KASUT SEKOLAH - 1PASANG
6. STOCKING - 1PASANG
7. TUDUNG PUTIH - 1 HELAI
8. PERALATAN MENULIS - 1 SET
9. BOTOL AIR - 1 BUAH
10. BEG SEKOLAH - 1BUAH


PELAJAR LELAKI

1. SELUAR PANJANG - 1 HELAI
2. BAJU PUTIH - 1 HELAI
3. KASUT SEKOLAH - 1PASANG
4. STOCKING - 1PASANG
5. SELUAR PANJANG - 1 HELAI
6. PERALATAN MENULIS - 1 SET
7. BOTOL AIR - 1 BUAH
8. BEG SEKOLAH - 1BUAH



Nama-nama pelajar yang terpilih sedang dikumpulkan.....

Kepada Tuan-tuan dan Hamba-Hamba Allah Yang Budiman Ingin Bersama Menyertai Program Ini Bolehlah Menghubungi Saya En.Jamaluddin Bin Hassim . Tel: 019-5414673 ...
email : jamaluddinbinhassim@yahoo.com


AKTIVITI QURBAN 2010/1431



SUKARELAWAN IBADAH QURBAN 2010/1431

PROGRAM IBADAH QURBAN
2010 / 1431H
DI
DE’REDANG

LOT 6540, KAMPUNG TERSUSUN REDANG PANJANG
BATU KURAU 34510 TAIPING PERAK






UCAPAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH

KEPADA

USZ . AHMAD TAJUDDIN BIN ARSHAD - KUALA KANGSAR PERAK

TUAN HAJI YUSOF - TAIPING

EN. JAHAFAR - BUKIT MERTAJAM

KAKAK ROSNIAH - KUALA LUMPUR

EN. KAMAL JAILANY - SUDAN

PUAN SOFIA - SERI ISKANDAR

&

PARA PESERTA QURBAN 2010/1431

atas usahasama

Jamalhassim.blogspot.com (DE’REDANG)

dengan kerjasama rakan-rakan seperjuangan

EKSEKUTIFSURI.BLOGSPOT - (PUAN NORLAILI BIN TALIB SERTA SUAMI)

&

ALJAUHAR2.BLOGSPOT - (PUAN SITI FADZILAH BINTI ABDUL MANAP SERTA SUAMI)

SERTA SEMUA SUKARELAWAN PENDUDUK KAMPUNG TERSUSUN REDANG PANJANG

DAN YANG BERHAMPIRAN

TERLIBAT DENGAN PROGRAM IBADAH QURBAN 2010/1431

ATAS SUMBANGAN DARI PIHAK YANG BUDIMAN

MOGA-MOGA PROGRAM INI DAPAT DILAKUKAN

SECARA BERTERUSAN DIMASA AKAN DATANG.

Mudah-mudahan kita semua diberi rahmat dan keampunan daripada Allah s.w.t.